Friday, February 13, 2009

yahudi bijak?

saya ada baca mengatakan orang yahudi ni bijak.. tapi pada pandangan saya..

  1. yahudi ni tak bijak..kalau bijak takkan melawan Allah swt dan rasul2nya..bukan setakat menentang bahkan sanggup membunuh nabi2 yg diutuskan sehingga mahu membunuh nabi muhammad saw..padahal mereka tertunggu2 nabi penutup segala nabi itu..
  2. kalaulah melawan Allah swt ini dikatakan bijak maka ramailah bijak pandai di dunia ini..sebab ramai orang sekarang ni melawan Allah swt..daripada pangkat rendah sampailah pangkat atasan..ikut cara masing2..
  3. ramai yang melawan Allah swt ni secara terang2 dan ada secara sembunyi2..Allah swt tahu apa yang manusia zahirkan dan apa yang manusia sembunyikan dalam hati..dan kita kena tau kita ni buat betul ke salah...kalau tak tau maknanya jahil dan kena cari ilmu..tapi kita ni bab cari ilmu payah..jangan kata ilmu untuk akhirat..ilmu untuk duniapun malas..ramai jugak yang cari ilmu hanya untuk dunia je..akhirat tidak..nak senang atas dunia je kot..
  4. dipendekkan cerita..yahudi ni bijak ilmu untuk dunia je..samalah juga dengan kita yang bijak-bijak ni..yang betul2 bijak ialah yang beriman kepada Allah swt..Allahuakbar..
seandainya mahu tau apa yang saya baca..rujuklah yahudi bijak,betulkah?
sekian..Wallahualam..

Thursday, February 12, 2009

penasihat

  1. kita kalau cerdik akan dengar nasihat orang..lagi cerdik kalau kita guna akal untuk berfikir nasihat orang tu..
  2. kalau bodoh takkan dengar nasihat orang..lagi bodoh kalau jenis pantang dinasihati..mula la cakap pantang keturunan aku dinasihatkan..sebab tu jadi bodoh!
  3. ada nasihat yang baik dan ada nasihat yang jahat..ada ke nasihat jahat? yang ajar buat jahat tu nasihat jahatlah..
  4. sesiapa pun boleh menasihatkan tapi biarlah nasihat yang baik..yang membawa kepada kebaikan..
  5. ada yang jadi penasihat rasmi dan penasihat tak rasmi..
  6. penasihat tak rasmi ni ramai dan sape2 saje boleh menjawatnya tapi penasihat rasmi ni bukan sembarangan orang..hanya mereka yang tertentu saja yang boleh dan dibenarkan..bergantung pada keadaan dan syarat2nya..
  7. sebaiknya penasihat ni lebih pakar dan lebih ilmunya dalam bidang yang hendak dinasihati itu..takut jadi orang yang dinasihati tak pandai..yang menasihatipun tak pandai..sifir matematik kata 2 x 5..5 x 2..sama2lah tak pandai..dah apa pekdahnya?takde pekdahnya..
wallahualam..hanya Allah swt yang maha mengetahui..

Saturday, February 7, 2009

lompat..

panas dengan isu lompat..berbagai2 pandangan ada..

pada aku..lompat ada baik dan buruknya..dan ada kesannya..nak kata salah ke betul kena tengok tujuan dan hasilnya..

lompat ke tempat yang lebih baik adalah baik..dan lompat ke tempat yang kurang baik adalah kurang baik..umpama berpindah..atau dalam islam umpama hijrah..hijrah mestilah ke arah yang lebih baik..kalau pergi ke arah buruk tidaklah patut dinamakan hijrah..sesat adalah..

apakah kita suka pergi ke arah tak baik? atau apakah kita suka orang yang pergi ke arah tak baik..
sama2lah kita bergerak ke arah yang baik dan kita harus alu2kan mereka yang pergi ke arah yang baik..dan tengoklah di mana kita berada sekarang ni..

dan islam menyuruh kita berhijrah ke arah yang lebih baik..Wallahualam..

tahniah

tahniah kepada kerajaan baru perak atas penubuhan kerajaan negeri akhirnya..

banyak ulasan dan pandangan penganalisis atas apa yang telah berlaku..ada yang baik dan ada yang kurang baik..namun apa yang berlaku..kemenangan ini merupakan sesuatu yang mahal bayarannya..

semahal mana?

banyak isu sedang berlaku dan akan berlaku nanti..apapun apakah ini sesuatu yang amat berbaloi..
dalam jangka masa sekarang memang berbaloi..namun akan datang..Allah swt jualah yang maha mengetahuinya...kita hanya merancang namun Allah swt yang menentukan..

apapun buatlah apa yang dikehendaki..orang tua2 berpesan..buat baik dibalas baik..buat jahat dibalas jahat...dan..

Allah swt beri peringatan..Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

negeri PERAK

selepas lama tak menulis...kini kembali...
tapi nak tulis pendek je...

apa yang berlaku sudah berlaku..yang lepas sudah lepas..yang akan berlaku..adalah bermula sekarang..apapun mengikut undang2..MB yang telah dilantik hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN, melalui undi tak percaya dalam persidangan DUN atau MB meletak jawatan..

sebab tu sultan perak menitahkan MB meletak jawatan..terpulang kepada MB sama ada untuk meletak jawatan atau tidak..sebab tu sultan bertitah lagi..kalau MB tidak meletak jawatan maka MB akan dikosongkan..ini maknanya MB dilucutkan jawatan..

dalam undang2 sekarang MB tidak boleh dilucutkan jawatan disebabkan oleh undang2 yang telah dipinda selepas inggeris menguasai tanah melayu dan pemerintahan kerajaan sekarang..

kita banyak information dari sumber media massa dan akhbar..namun mereka yg berkecuali ataupun 'tak berpolitik' eloklah ambik dari suhakam umpamanya..