Monday, December 22, 2008

BUKAN MUSUH HARTA?..


ni puisi Dr Asri Zainul Abidin yang diambik dari mstar yang dinyanyikan kopratasa...apa yang menarik sehingga tertarik adalah lirik lagu ni digam..
bukan guna gam getah atau gam kertas atau chewing gum tapi digam siaran..
nampaknya ada jenis gam yang namanya gam siaran...dikatakan ayatnya yang menyalahi...jadi kita pakat tengok kesalahan liriknya mungkin salah dari segi ejaan bahasanya...tatabahasanya atau juga perenggan atau noktahnya..


mintak maaf la kalau kelabu gambarnya..
Sekian dimaklumkan...
wassalam..

apa dosa aku?

kalau tengok tajuk di atas adalah merupakan 1 soalan..sebab apa soalan sebab adanya tanda soal di akhirnya..kalau tak tau tu maknanya fail bahasa melayu a..tu la sibuk nak kejar bahasa lain sampaikan bahasa melayu tak reti..apa masalahnya bahasa melayu dengan tanda soal? memang dalam bahasa melayu ada menggunakan tanda soal..

Kalau ditengok pada tajuk di atas..agak2nya pada siapa kita nak tanyakan soalan tu? pada diri sendiri? pada kawan kita? pada kengkawan kita? atau pada mereka dan keluarga mereka?
tak kisahlah pada siapa tapi memang boleh tanya pada diri sendiri dan orang lain termasuklah sesiapapun..

kalau ditengok dalam lagi pada tajuk di atas..agak2nya boleh tidak kita katakan bukan 1 soalan? mungkin juga boleh jadi 1 jawapan..mungkin jadi 1 keluhan..dan sememangnya banyak jadinya sebagai keluhan dan aduan serta kemarahan..

Nak tanya..nak marah..nak adu..nak keluh pada siapa? kalau bertanya pada diri sendiri untuk menyedarkan diri memang bagus sangat..sebab sebagai manusia memang kita ni banyak berbuat dosa, salah dan silap...tapi kalau nak marah pada orang kena tengok..mungkin kita buat salah dan berdosa pada orang tu ataupun pada orang lain tapi kalau nak marah pada tuhan yang mencipta kita maka silap besar..dan kena ingat dan sedar..apakah kita ni bersih sampai terlepas dari melakukan dosa? apakah kita ni maksum macam rasul.

Jadi sebagai orang yang dah mumayiz dan akil baligh, hisablah diri kita sendiri sebelum kita dihisab oleh Allah swt (kata2 syaidina Umar al-khattab)..jangan berani mengatakan apa dosa kita? sebagai untuk menunjukkan kita tidak ada dosa...kita ni sebagai manusia banyak berbuat dosa..kalau dosa kecil sekalipun kalau ditambah2 apakah tidak besar jadinya..

Berbaliklah kepada fitrah kejadian manusia..berbaliklah kepada islam..kita akan selamat..
Semoga kita mendapat taufik dan hidayah dari Allah swt..InsyaAllah..

Sunday, December 21, 2008

HARI ISNIN

  1. Kalau cakap bab hari isnin..apa ada pada hari isnin? Kalau orang yang berada di malaysia selain dari negeri kedah, kelantan dan terengganu maka hari isnin adalah permulaan hari bekerja dan bersekolah..kira hari pertama dalam setiap minggu a..
  2. Tapi sebenarnya nak cerita apa sejarah penting yang telah berlaku dalam sejarah islam agar kita sebagai orang islam tahu dan ingat..
  3. Pada hari isnin lah nabi kita, Nabi muhammad s.a.w telah dilahirkan..diutuskan sebagai rasul dan menerima wahyu pertama dan diwafatkan.
  4. Selawat berbanyak2 kepada nabi kita..semoga kita menjadi ummat nabi yang sebenarnya untuk selamat dan berbahagia di dunia dan akhirat kelak..insyaallah..

Thursday, December 4, 2008

PILIHLAH RAYA..BOLEH PILIH KE?

Sembang pasal raya ni macam-macam raya ada..akan datang nanti hari raya aidiladha ataupun hari raya haji..memang banyak yang berkait dan ada kaitan dengan raya ni sampaikan boleh dibilang walaupun banyak...antaranya...

  1. hari raya – aidilfitri...aidiladha...hari raya orang islam..
  2. hantu raya – hantu yang mengusik di hari raya bahkan hari biasa..
  3. jalan raya – tempat laluan di hari raya dan juga di hari tak raya..
  4. bunga raya – bunga yang dipetik untuk dijadikan hiasan di hari raya dan juga hari lain. Bunga raya juga dijadikan bunga kebanggaan orang malaysia dan dijadikan bunga kebangsaan malaysia..
  5. duit raya – duit yang digunakan untuk urusan berjual beli di hari raya sahaja..bagaimanapun banyak jatuh ke tangan budak2 dan bukannya ke peniaga..
  6. balai raya – tempat untuk diadakan jamuan mahupun perjumpaan di hari raya..meriah sekali...
  7. seri kaya – seri kaya bukan kaitpun dengan raya..apa a..tapi termasuk dalam kuih raya...makan roti dengan seri kaya di hari raya..ingat tak boleh ke??
  8. pilihan raya – hari untuk memilih hari apa nak raya...bukan a..gurau je..hari untuk memilih dah betul dah tapi untuk memilih calon wakil rakyat dan bukannya nak pilih hari raya..

So boleh pilih ke raya?..boleh pilih a..iaitu pilihan raya..hari di mana warganegara malaysia yang layak dan berdaftar boleh memilih calon pilihanraya mengikut kawasannya..apahal timbulnya isu pilihan raya di musim nak raya haji ni...sebab akan berlakunya pilihanraya kecil parlimen di k.terengganu tak lama dari sekarang berikutan kekosongan akibat meninggalnya wakil rakyat baru-baru ini. Innalillah hiwainnailaihi rojiun..

Sebagai pengundi yang layak sepatutnya melakukan perkara dan mengundi dengan betul supaya tidak menyesal di kemudian hari..setiap perkara dari sekecil2nya walaupun seberat zarah tetap dikira amalan baiknya ataupun amalan buruknya iaitu hal dosa dan pahala..Dalam surah al-zalzalah ayat 2 terakhir ada menyebut hal ini..ini lagilah bab mengundi iaitu bab memilih pemimpin yang betul..di mana bab pemimpin ini merupakan bab besar dalam agama islam..dalam islam dari hal sekecil2nya hinggalah sebesar2nya walaupun dalam tandas..nak makan..nak tidur..nak berpakaian..dan apa2pun semua diajar dan ada, lengkap serta menyeluruh...ini lagilah bab memilih pemimpin...Rasulullah pun walaupun sebagai nabi dan rasul tetap menjadi pemimpin dan pemerintah negara islam dan dunia islam..sahabat baginda pun ada yang menjadi pemimpin dan pemerintah umat islam iaitu sebagai khalifah...kalaulah tak penting maka tak perlu rasulullah dan sahabat memikul tanggungjawab sebagai pemimpin dan pemerintah..betapa pentingnya kepimpinan dalam islam sehingga menjadi kewajipan bagi orang islam untuk mengangkat pemimpin dari orang islam sendiri yang benar2 boleh memikul tanggungjawab mengikut syariat agama islam menurut Allah dan rasulnya.

Wallahualam..

Wednesday, December 3, 2008

TURUN LAGI...

Sekarang bulan disember tahun 2008 dan bulan zulhijjah 1429. Kalau di pantai timur sekarang duk main hujan..hujan duk turun je..turun dan turun lagi...dari mana air hujan ni datang mencurah-curah?..dari awan (bukan awan dania..tu mengarut je)..awan yang Allah swt telah ciptakan supaya dari awan turunlah air..kenapa..antaranya supaya jelas di fikiran kita bahawa alam ni milik dan urusan Allah swt..bukan alam je tapi segala yang ada di langit dan di bumi termasuklah kita ni adalah miliknya..dan budak2 pun suka sangat time ni..kalau boleh tiap2 masa main hujan..sampai terketar2 dan nampak biru...dahla tu ada jugak spesies manusia yang tak pakai baju...siap tak pakai sluar pulak...ni budak2 betul la...kalau yang besar sikit takdelah macam tu...


Bila dah turunnya air hujan ni macam2 masalah boleh jadi..antaranya naik air di merata2..melimpah ruah dari dalam longkang sampailah ke lantai depan rumah..silap2 air masuk sampai dalam rumah dan ada tu melimpah sampai dalam bilik air..jangan kata time musim hujan je tapi musim tak hujan pun bilik air banjir jugak..tu air yang keluar dalam bilik air a yang mana sengaja taknak tutup air ataupun lupa..sampaikan banjir hingga tenggelam rumah2..rosaknya barangan elektrik...pakaian...barang2 perabot..dokumen penting dan rumah pun kotor...kenderaan lagi..hinggakan jalan pun terputus hubungan dengan kawasan lain..bila dah jadi banjir begitu terpaksa a berpindah ke tempat yang lebih selamat...memang susah keadaan ini...bukan saja melibatkan kehilangan@kerugian harta benda tapi juga melibatkan kemalangan dan kematian..innalillah hiwainna ilaihi rojiun...kita milik Allah swt dan kepada Allah swt lah kita kembali..apapun memang kena sabar dan redha dengan ujian sebegini..Sabar itu sebahagian dari iman..dan redha lebih tinggi tingkat imannya dari sabar..bersabar itu lebih baik bagi orang yang mengetahuinya dan Allah swt bersama dengan orang2 islam yang bersabar dengan ujiannya..


Bukan air je yang turun sekarang bahkan harga minyak dunia pun tengah turun..itu yang harga minyak malaysia pun turun 80sen...takpelah walaupun turun 80sen sekurang2nya ada jugak turunnya..sebelum ni harga 2.70 dan sekarang 1.90...itupun turun berperingkat walaupun naik setingkat..walaupun senang naik tapi payah turunnya..Alhamdulillah..segala puji bagi Allah swt..budak2 pun turun main air walaupun air longkang..padahal macam2 perisa dan pewarna air dalam banjir ni tapi itulah yang bestnya...orang2 kampung pun pakat turun cari ikan..wakil2 rakyat yang bertanggungjawab dan pihak2 tertentu pun jugak turun padang menunaikan tanggungjawab..bukan turun padang je bahkan ke tempat2 mangsa banjir..


Dalam ada benda yang turun ada jugak benda yang naik sekarang walaupun di musim hujan..banyak bendanya...contohnya...seperti di atas tu..air naik (banjir)...orang naik (pergi tempat tinggi untuk selamatkan diri dari banjir)..harga barang naik(barang2 a)..berat badan naik(asal hujan lapar..lepas tu makan je memanjang)..dan lain2 lagi...pikirsendirilah dan tambah sendiri k..

Wallahualam..