Sunday, November 30, 2008

Lelaki vs Perempuan

Soalannya....

  • Kalau kita tengok di Universiti, lelaki@ perempuan lebih ramai? Baik yang pelajarnya@yang bekerja?
  • Kalau kita tengok di sekolah, lelaki@perempuan yang lebih ramai? Baik yang belajarnya atau gurunya?
  • Kalau kita tengok yang di pusat serenti, lelaki@perempuan yang lebih ramai?
  • Kalau kita tengok di penjara, lelaki@perempuan yang lebih ramai?
  • kalau kita tengok di shopping complex, lelaki@perempuan yang lebih ramai?
  • Kalau kita tengok di tempat hiburan..mana lebih ramai lelaki@perempuan?

Jawapannya...

  • Jawaplah sendiri...saya dah tanya jadi anda lah tolong jawabkan...TQ.
  1. Apa maksudnya kepada jawapan anda?? maksudnya benarlah hadis nabi Muhammad saw yang mengatakan bahawa salah satu petanda kecil kiamat iaitu perempuan lebih ramai dari lelaki...lagipun memang kita ni umat akhir zaman..dah dekat nak kiamatpun...hal jawapan kepada soalan ini pun belum dikira lagi yang lelaki yang dinyahkan(maknyah)..tukar jantina terus..Tapi ada juga soalannya di mana jawapannya adalah lelaki..
  2. Perempuan diberikan bahagian 1 akal dan 9 nafsu...lelaki diberikan bahagian 9 akal dan 1 nafsu...Apakah maksudnya lelaki lebih cerdik dari perempuan?? kalau lelaki lebih cerdik dari perempuan maknanya perempuan lebih bodoh dari lelaki..begitu??kalau begitu takdelah lelaki lebih ramai menagih dadah dari perempuan..takdelah lelaki lebih ramai dari menghuni penjara dari perempuan..
  3. Lelaki diberikan tanggungjawab sebagai ketua..pemimpin..so disebabkan tanggungjawabnya besar maka tanggungannya besar. Perempuan dipimpin..dididik dan dilindungi oleh lelaki...barulah lengkap dan saling memerlukan..saling melengkapi antara 2 jenis jantina ini...kalau perempuan jadi ketua...lelakipun ketua...sukarlah untuk bersatu dan tidak jadi saling memerlukan..
  4. Sebenarnya takde jantina boleh menang disebabkan bahagian nafsu dan akal..tapi kedua-dua jantina boleh kalah disebabkan nafsu mengatasi akal ataupun mengikut nafsu semata2..ditambah pula dengan akal yang tidak berilmu dengan ilmu Allah swt dan tiadanya iman...sebab itulah adanya kes lelaki dapat memperdaya perempuan...dan ada juga perempuan dapat memperdaya lelaki...kan sama pandai 2...
  5. Ingatlah..Sama ada lelaki@ perempuan..tetap ada bahagiannya dari segi amalannya..pahala@dosa...tanggungjawabnya...tetap diberi ujiannya..dihisab...dan dimasukkan ke dalam syurga atau neraka...

Wallahualam...segala kesilapan dan kesalahan harap ditegur...sayapun manusia yang tak lekang dari melakukan kesilapan dan kesalahan..

suka gile dapat hadiah....

1. Kalau kita fikirkan....memang best sangat2 kalau orang bagi hadiah kan??
2. Kalau kita fikirkan....budak2 menyorak sakan time dapat hadiah...sebab ape??sebab dia suka gile a dapat hadiah...kalau die suka a...tp kalau tak suka die mesti monyok je lepas tu.
3. Kalau kita fikirkan...mana lebih best dapat hadiah ke bagi hadiah??agak2nya kita ni golongan best dapat hadiah ke best bagi hadiah?? mesti yang best yang dapat hadiah kan??ingat senang ke nak bagi hadiah senang2...mesti kena dengan orangnya...sebabnya...dan tujuannya..
4. Kalau kita fikirkan lagi...(berapa banyak mau pikir ni..pikirsendirilah)...biasanya kita bagi hadiah pada orang2 tertentu yang ada kena mengena dengan kita contohnya..ahli keluarga..kawan..sahabat...kenalan.. maknanya orang yang kita kenal.....payah kita nak bagi pada orang yang kita tak kenal...
5. Cuba pikir lagi...kalau kita payah nak bagi orang hadiah...ada ke orang senang2 nak bagi hadiah kat kita ni?jenis pulak tak pernah kenal selama ni dan tak pernah tengok muka pun..ada hati nak bagi hadiah kat kita?

Dah kalau orang nak bagi hadiah takpelah...bagus sesangat a tu...terimalah..lagipun nabi kita nabi Muhammad s.a.w pun menerima hadiah dan menggalakkan memberi hadiah...Masalahnya kalau yang beri hadiah tu kita dahla tak kenal...batang hidungpun tak pernah tengok...biasanya ada sesuatu lah disebaliknya...lagipun zaman sekarang ni banyak sgt yang menipu untuk faedah diri sendiri tp sebenarnya hanya menambah tanggungan beban akhirat..

Tapi kita ni kenalah berfikir untuk elakkan diri dari jadi mangsa penipuan...contohnya kad gores dan menang..peraduan tipu2...dan byak lg seumpamanya..diistiharkan menang tapi kena bayar ...nak bagi hadiah bagi a..knapa kena bayar?..masalahnya kita ni belum sempat berfikir kita dah kelabu asap gelap gelita dek hadiah yang ditawarkan?hati manusia memang berkehendakkan benda yang bagus punya...baik punya... walaupun benda tu tak konfem dapat pn...dah suka sangat....suka gila terus ikut je...last2 rupanya kena tipu....

So...berpada2 a...kita ni sama ada lelaki atau perempuan...Allah swt bagi akal untuk gunakan...Dalam islam sendiripun kita disuruh berfikir...bukan main ikut je...Sesal dahulu pendapatan...sesal kemudian tidak berguna...Akhir kata...berfikirlah...dalam al-quran pun banyak disebut supaya berfikir..Semoga kita ni menjadi antara orang2 yang senantiasa berfikir dan mendapat petunjuk dari tuhan kita...Allah swt..
Wallahualam..

Sunday, November 23, 2008

ayam atau telur...mana dahulu...

  1. Ada orang suka makan rebung tapi tak suka makan buluh...padahal bendanya adalah sama..dari rebung jadinya buluh...rebung adalah benihnya dan buluh adalah induknya..tapi memang rebung boleh dimakan tapi buluh mana boleh dimakan beb....apa a..buluh yang ada pulut bolehla dimakan pulutnya (lemang) ..apa kena mengena buluh@rebung ni??tak ada kena mengena tapi ada kaitan...camne kaitannya..pikirsendirilah...
  2. Ada satu teka atau teki, tak taulah yang mana satu antara teka atau teki tapi berbunyi ..antara ayam dan telur..yang mana dahulu? yang ni semua orang boleh makan sama ada telur dan ayam..yang lagi sedap ayam a...
  3. Allah swt telah mencipta manusia yang bernama nabi Adam as..dengan rupa dan fizikal yang berupa manusia sempurna iaitu boleh diumpamakan induk..
  4. Kemudian Allah swt telah mencipta Hawa dari tulang rusuk Adam dan menjadikannya sebagai manusia yang sempurna juga boleh diumpamakan induk..
  5. Nabi Nuh as bila diperintahkan Allah swt supaya membawa manusia yang beriman yang mengikutnya dan membawa binatang yang ada pada masa tu supaya naik ke bahtera yang dibinanya, maka nabi nuh membawa tiap2 binatang bersama dengan pasangannya iaitu ada jantan dan ada betina, yang mana boleh menjadi induk kepada keturunan binatang tersebut..bukannya membawa telur atau benih....
  6. Seperti yang kita boleh pikir dan sedia maklum..jantan saja tak boleh buat anak...betina saja tak jadi juga..mesti ada jantan dan betina...kecuali perkara yang dikehendaki Allah swt..memang kebanyakkan benda berlaku atas dunia ni Allah swt jadikan bersebab dan musababnya..So kalau ada telur saja boleh ke jadi anaknya??
kesimpulannya...saya cuba jawab soalan no 2. Sekian terima kasih.wallahualam.

selamber je @ selamber bangang...

Selalu kita tengok di mana2 pun ada orang lelaki berseluar pendek (yang mana sampai nampak lutut iaitu aurat)..sampai nampak rambut2 kaki..ingat ke rambut atas kepala je tapi sampai ke kaki rupanya..
ni mesti kes nak tayang kaki..nak tayang body betis...lelaki oh lelaki...tak kiralah di pasar malam ke siang ke..berjalan di tepi pantai ke...di bandar...di desa..mana2pun ada...berjalan ke..bermotosikal semua ada..

Ada yang budak kecik..ada yang budak besar...ada juga yang budak tua...berjalan rilek je...selamba je...kalau orang tengok mesti dia akan tanya..tengok ape??tak pernah tengok orang ke?? patutnya jawab dengan nada terkejut orang(jangan terkejut beruk sabab kita nikan orang)
aikk??camne tau kita tengok dia??
kalau tau maknanya diapun tengok kita...
dah sama2 tengok apa masalahnya??sama2 pakat jeling-menjeling a..cam lagu siti tu..payah ape..

Kalau budak kecik takpelah juga mungkin kerana masih belum baligh..ni orang yang dah akil baligh pe citenya...ada tu sambil pimpin anak..tak cukup pimpin siap dikendongnya...tak cukup tangan pegang anak sampai anak lari..jadilah yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...itu benda lain a tapi bukan anak...

Apakah mungkin juga masih jahil bab aurat? kalau bab aurat dah fail camne bab lain? bab depan mata pun dah fail apalagi bab belakang..Kalau dah lelaki tu seorang suami..camne nak ajar bab aurat pada isteri...lebih kurang a jadinya...

Apakah tutup aurat adalah sunat sahaja? buat dapat pahala..tak buat tak dapat apa2?..
so selamba selamba juga...dapat jugak dosa sekali...bukan dosa kecik tapi besar punya...sebab tutup aurat adalah wajib..pada lelaki dan juga perempuan....perempuan pun lagi teruk sekarang..orang perempuan yang lagi banyak hendak ditutup auratnya berbanding lelaki tapi perempuan lagi banyak bukak pakaiannya dari lelaki..buat main2 je bab perintah Allah swt.

Kalau tahu tutup aurat ni wajib dan dosa besar jika ingkar maka perbetulkanlah..semoga kita sama2 perbetulkan diri kita..Wallahualam..

Monday, November 17, 2008

melabur sana sini

1. Kita ni kalau bab melabur suka sangat..ada yang melabur tiap2 hari, ada yang melabur tiap2 minggu, ada yang melabur jarang2..ada tu yang kadang2..baru melabur..
ni melabur apa ni...melabur saham a..masuk situ..masuk sini...pinjam duit melabur..last2 melebur..

2. Kita kalau boleh nak hasil cepat..nak untung cepat tapi bendanya belum tentu berhasil...belum tentu untung...biasa a ada untung dan ada rugi...macam orang cakap, adat pertandingan ada kalah dan ada menang..tapi sebenarnya semua nak menang,taknak kalah, siapa nak kalah..dan siapa kata adat pertandingan ada kalah dan menang je..ada juga seri...apa a?

3. Tapi kita lupa bagaimana saham kita di akhirat..dunia dah depan mata dan kita boleh nampak hasilnya...kita dah berada di dunia dan boleh nampak keadaan dunia tapi akhirat belum nampak lagi..camne susahnya..payahnya..camne senangnya..kena ingat yang dunia ni tempat bercucuk tanam..akhirat tu lah tempatnya kita menuai..

4. So(oleh itu)..di samping melabur dunia kita kena melabur jugak di akhirat..kita pakai wang melabur untuk dunia dan kita juga boleh pakai wang melabur untuk akhirat..melalui zakat dan sedekah..
FIRMAN ALLAH : " Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, seumpama seperti sebiji benih yang mengeluarkan 7 tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya" (surah al-Baqarah, ayat 261)

Wallahualam..

Sunday, November 16, 2008

TENTANG BULAN

Apa ada pada bulan?
  1. ada lirik lagu yang pernah dinyanyikan yang berbunyi "engkau laksana bulan, tinggi di atas awan"..
  2. ada tajuk lagu berbunyi "rembulan kesiangan"..dan awie pernah menyanyikan tajuk lagu tragedi oktober..oktober tu bulan a..
  3. ada tajuk filem yang dinamakan "tentang bulan"..
  4. ada buat simpulan bahasa " bagai pungguk rindukan bulan"..
  5. ada orang bila bercakap pada kekasihnya mengatakan "engkau cantik bagaikan bulan"
  6. cahaya bulan dapat menerangkan malam..cahaya yang dipantulkan dari matahari..
  7. berlakunya gerhana bulan dan gerhana matahari disebabkan bulan..
  8. banyaknya angkasawan pergi ke bulan..
  9. berlakunya pasang surut air laut disebabkan bulan..
  10. dapatnya menentukan hari raya berdasarkan kelahiran bulan..
  11. nabi kita iaitu nabi muhammad saw pernah membelah bulan..
Yang di atas adalah antara sedikit kena mengena pasal bulan..yang ingin dibicarakan di sini ialah mengenai bulan2 dalam islam iaitu tahun hijrah..muharam, safar ,rabiulawal, rabiulakhir, jamadilawal, jamadilakhir, rejab, syaaban, ramadhan, syawal, zulkaedah, zulhijjah..
alangkah malangnya kita dengan adanya tahun islam tapi kita lebih mahir dalam tahun masihi. Cuba kita perhatikan cara bagaimana pengiraan bulan dalam tahun hijrah dan masihi ini.

Tahun islam mengambil kiraan sebulan berdasarkan pusingan bulan mengelilingi bumi..kalau terdapat 30 hari sebulan maksudnya 30 hari bulan itu mengelilingi bumi sampai lengkap kitarannya..sebab tu nak tengok 1 syawal berpandukan anak bulan.

Tahun masihi mengambil kiraan sebulan berdasarkan pusingan bumi mengelilingi matahari..kalau terdapat 30 hari sebulan maknanya 30 hari bumi mengelilingi matahari sampai lengkap kitarannya..dan terdapat pula tahun lompat semasa bulan mengelilingi matahari iaitu setiap 4 tahun sekali..maknanya bumi melompat 1 hari dalam 4 tahun sekali..

So, dalam tahun islam boleh la dipanggil bulan muharam, bulan safar sebab ikut kiraan bulan..dalam tahun masihi boleh la dipanggil bumi januari, bumi februari sebab ikut kiraan bumi...
Islam memang dah betul dan dah cantik..yang tak betulnya orang yang mengaku islam tapi menentang islam dan juga yang main ikut tanpa ilmu...sorong papan tarik papan..buah keranji dalam perahu..suruh belajar taknak belajar..suruh mengaji pun tarak mau..

Wallahuallam..

Thursday, November 13, 2008

keberkatan masa

Surah Al-'Asr

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

1.Bercakap pasal masa..sebenarnya masa dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah dia punya tempoh..tetap 24 jam sehari semalam..tapi yang menjadi masalahnya kita merasakan semakin lama semakin cepat masa..sedar2 dari siang jadi malam..sedar2 seminggu..sedar2 sebulan..tup2 setahun..
2.Sebenarnya memang masa di akhir zaman berlalu dengan cepat. Inilah yang dikatakan tiada keberkatan masa. Bila dah banyak maksiat berleluasa,ramainya yang ingkar dan kufur kepada Allah swt dan meninggalkan banyak urusan agama seperti yang dikehendaki dalam islam maka Allah swt telah menarik keberkatan masa.
Wallahualam.

Wednesday, November 12, 2008

ni hal dalam bilik mandi...RAHSIA!!

Title : Biarlah Rahsia

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada ditempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata yang menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan

Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam
Kuputuskan biarlah rahsia

Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata
Bertulangkan dusta

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada ditempatku


cuba kita selidiki ayat ini

Semakin aku hidup dalam cinta

Tiada kuasa mampu menghalangnya

-mana boleh kata tiada kuasa mampu menghalang...kuasa ALLAH SWT kan boleh menghalangnya.. setiap apapun semuanya terhalang dengan kuasa ALLAH SWT..
pikirlah sendiri....

tips bagi power dan tahan lama!!

Tahukah anda...
1. Dalam kehidupan seharian kita memang banyak rahsia yang tidak kita ketahui..
mungkin kerana kejahilan kita atau kedegilan kita untuk menuntut ilmu..
2. Banyak sekali ilmu dunia yang tidak kita ketahui dari sejak lahir sampailah sekarang..
cuba bayangkan betapa bebalnya kita ni..
3. Ada ilmu yang orang cerita pada umum dan ada juga yang orang cerita secara rahsia..
tapi ketahuilah banyak ilmu secara rahsia tidak didedahkan dengan sewenang2nya..
dah nama ilmu rahsia nak dedah buat apa..buat2 diam2 sudah laa..barulah berkekalan rahsianya..betul tak??betul la..jadi tips ni harap disimpan baik2..
4. Jangan kita dedahkan kepada mereka yang belum layak menerimanya..
lagipun tips ni adalah rahsia turun temurun..

Tipsnya berbunyi begini...
1. pastikan kita menggunakan minyak yang betul dan bersesuaian..ikut spesifikasi pengeluar.
2. jangan pakai minyak yang murah, sekurang2nya yang sederhana boleh la.
3. tukar pada masanya.
4. check biar cukup kuantitinya, biar dalam keadaan maksimum.
5. panaskan betul2 sebelum menggunakannya..tengok dia punya temperature..biar lambat asal bertahan lama..yang ni banyak orang abaikan..bab ni memang kena setiap masa dan ketika..
6. ni semua tips nak jaga enjin a....

banyak lagi tapi ni baru bunganya....

Monday, November 10, 2008

sepandai2 tupai melompat..

1. sepandai2 tupai melompat..pandai lagi manusia..kata2 orang tua zaman sekarang..
sebab manusia pandailah manusia tak melompat cam tupai melompat,btul x? tapi manusia melompat cam katak (lompat katak) melompat cam kijang (lompat kijang) dan lompat pagar.bab pagar ni teringat aku 1 tempat di daerah kuala terengganu yang sebelah hulu sangat2 yang nama tempatnya kg pagar besi..tapi tak jumpa pun pagar besi..yang ada pagar kayu dan pagar batu(simen)..

2. udang di sebalik batu...orang tua ubah jadi udang di sebalik mee..orang tua zaman sekarang kata tak ada udang di sebalik batu tapi ada orang di sebalik batu..ada duk khalwat,ada yang study, ada kata duk cari ilham, macam2 a dan ada juga kata duk menikmati keindahan alam..kalau ada orang sorang baik kena chek kot2 ada orang lain lagi..jangan kata di sebalik batu..dalam rumah batupun ada..

3. harapkan pagar,pagar tak boleh harap... dah pagar besi duk tepi pantai..lama2 berkarat pastu reput..pagar tak menghalang manusia yang cerdik yang nak menceroboh..apalah sangat ada pada pagar..rumah pun boleh dipecah takkan pagar xboleh lepas kan..pikir a..kalau dulu orang tua cakap harapkan pagar,pagar makan padi..wei..masa tu orang yang ada sawah yang buat pepatah ni..lagipun pagar mana boleh makan padi..binatang cam burung bolehla..orang pun tak makan padi..makan nasi adala..apa la..

4. guru kencing berdiri anak murid kencing berlari..apalah lucahnya kata2 ni..tau la dulu sekolah tak berapa ada jamban dan tandas takkan semuanya nak diceritakan pada orang..jenis yang cakap ni mesti kaki skodeng..haru biru punye otak..nasib baiiik punyeeeee tak diceritakan pasal berak..lagi nampak keji dan jijiknya kan...nanti berbunyi guru berak berdiri anak murid berak berlari...boleh ke buat camtu?hah jawab kalau pandai sangat..jawapannya..bolehla..kenapa pulak tak boleh...tu yang cair punye....

Sunday, November 9, 2008

ada apa pada perkataan

1. Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain

ini maksud dari wikipedia bahasa melayu..so nak ulas sikit...
1. politik- daripada maksudnya kita boleh faham bahawa berpolitik ada di mana-mana, alangkah tidak kena jika ada yang mengatakan jangan berpolitik di sini..ini tak ada kena mengena dengan politik..kita pekerja awam maka tidak boleh berpolitik..jangan bercakap politik..ini hal orang politik,kita orang kampung duduk diam sudahlah... dan lebih malang yang bercakap tu bijak pandai..sebenarnya bukan bijak pandai tapi bijak menipu orang..kita ni jangan jadi antara orang yang mudah tertipu dan bebal...