Sunday, September 28, 2008

FORWARD EMAIL

PEKEBENDA TAJUK FORWARD EMAIL NI?
nikan musim bulan puasa,lepas ni nak raya..tapi kluar tajuk citer pasal forward email..ni pasal sekarang ni adanya email yang dihantar oleh orang perseorangan atau individu (orang perseorangan atau individu tu sama la...apela) dan juga kumpulan tertentu yang ada tujuan yang jelas dan bersembunyi di sebalik tabir..pandai je main belakang tabir..pastu nak suruh sebar2kan..kalau yang baik tak apa tapi yang jelas tak baik..hanya yang hendak memahami dan berfikir yang lebih mudah nampak..Allah swt bagi otak yang ada akal untuk berfikir so boleh fikir2 disamping sentiasa komited cari kebenaran dalam hidup kita..dan satu bonus besar kita dilahirkan dan hidup sebagai orang islam..Alhamdulillah..dan seterusnya carilah ilmu melalui al-quran,hadis nabi dan ajaran ulamak akhirat.kita nak main ikut orang ke,taat pada orang ke,nak selamat dalam hidup ke,kena cari ilmu..cuba kita check diri kita,setakat mana belajar memahami ayat al-quran..berapa banyak hadis kita belajar..sunnah rasulullah banyak mana kita ikut,..sayapun bukannya tau banyak..lebih kurang je kita..banyak kurangnya tapi kita kena bergerak ke arah itu..apapun..
BERSATU LAH DALAM ISLAM..BRSATULAH SEBAGAI ORANG ISLAM..BERJEMAAH LAH DALAM ISLAM..BERSAMA2LAH DALAM ISLAM DAN BERJUANGLAH DALAM ISLAM..SEMUA ORANG ISLAM BERSAUDARA..JANGAN BERSATU DALAM BANGSA SEMATA2 KERANA DALAM BANGSA MACAM2 ADA..NABI MUHAMMAD SAW PUN DALAM BANGSA ARAB,ABU JAHAL BANGSA ARAB,ABU LAHAB BANGSA ARAB,TAPI BERMUSUHAN SEBAGAI ORANG ISLAM DAN KAFIR..

jangan jadi macam lalang...ikut angin datang..sentiasa digerakkan dan sentiasa ditiup angin..nak berpegang pada tempatnya dan berpendirian tak boleh..takkan kita nak jadi macam tu..hati tak tetap dan tak kuat...

SO..nak jadi macam apa? jadilah macam lembu..dicucuk hidung pastu ditarik dan ditambat ikut suka..tak boleh juga macam tu..so jangan jadi macam lembu..elok2 jadi orang nak jadi lembu..lembu pun kalau ditanya dia tak nak jadi orang sebab dia tau orang ni akan hidup selama2nya di alam akhirat ikut pembalasan amalan semasa di dunia..

dah nak jadi apa?jadi orang a sebab dah dijadikan orang.. jangan jadi orang je tapi jadilah orang yang berfikir di dunia untuk dunia dan akhirat...jadilah hamba tuhan..jadilah hamba kepada Allah yang maha besar..hamba kepada Allah yang maha suci..hamba kepada tuhan yang satu dan esa dan tuhan yang satu-satunya yang layak disembah..Allah SWT.

Tuesday, September 23, 2008

SELAMAT BALIK KAMPUNG...

Alhamdulillah..musim cuti menjelma sudah...
hari yg dinanti2kan selalu....yg sentiasa ditunggu2...
org kalu keje kalau x bagi cuti..mesti mintak cuti..dah kalau dh bagi cuti x kan nk mintak keje plk kan?pe kejadahnya...
bila dh cuti...apalagi wei..balik a wei..balik kampung..
balik jumpa mak ayah..mama papa..the mummy the daddy..amma appa...
kalau duk asal dari bandar...jgn balik kampung..nanti sesat..so balik ke bandar a..
kalau yg duk pekan...balik pekan...org yang duk bandar dan duk pekan x masuk dalam ini citer tau..
so jgn menyibuk dan mengada2..gi main jauh2...kacau org je..
yg penting nanti mesti balik kampung...jgn balik pulau(1 tempat di penang)
sambil balik boleh nyanyi lagu ni...lagu ape?..lagu balik kampung a bang..
nak nyanyi tgk kiri kanan dulu,mcm nk mlintas jalan..jgn tgk blakang,mcm tajuk citer melayu 2...dh ok..line clear baru bleh nyanyi..kot2 a ada orang..kalau ada orang x yh nyanyi a...baik pasang kaset je..xpun cd@vcd..lg canggih dan mudah main dlm bntuk mp3 kt hset..xpyh ssh2 mbazir suara,airliur,masa,tenaga,kerja semata2 utk mnyanyi...apa guna penyanyi kalau kitapun sbuk nk mnyanyikan?baik kita zikir ke..igt kan Allah swt ke..pkir ciptaan Allah swt ke..selawat kat nabi ke...pikirsendirilah k..kalau boleh sampai baca blog ni xkan xleh pkir gi...ape daa..blah la wei...apepun sbb tjuk ni nk citer pasal balik kampung so sy letakkan senikata lagu..

Sudirman

Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )


SELAMAT BALIK KE KAMPUNG...MENYIBUK JE ...HATI2 DAN JGN LUPA BACA DOA SBLUM MULAKAN PERJALANAN..DAH BACA DOA WASPADA SELALU....
DAN JGN LUPA JG,IGT DAKU DLM DOAMU...
BYE..

Mau dengau lagau rayau...

kepada anda2 yg gilakan lagu raya..kita pakat nyanyi sama2..
1..22...333....NYANYIIIIIIIIIIII........
(kita bhibur skit..jgn mlebih2 sudah a k)


Mamat


Ku Pohon Restu Ayah Bonda

( ...Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata... )

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

( korus )
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

( ulang korus )

Kesalahan diri ku...


Sekian,..thanks...

Tuesday, September 16, 2008

Uwais al-Qarni

satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin (“Tabiin” maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil “Sahabat”. Kalau orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin). Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insane yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” iaitu mereka dah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu “Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”. Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab “Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.” Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.

Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.

Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu…..


Asal usul Uwais al-Qarni

Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.
Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”.
Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu. Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.
Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.
Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.
Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”. Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menanbah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit” Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.
Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.

Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata “Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah”. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

doa lailatulqadar

Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemu peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah

http://buletinonline.net/images/berita11/doatazkirahharundin.jpg




“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Monday, September 15, 2008

SYMP@SYD?

assalamualaikum seme..
pekebendanye SYMP@SYD ni?
sy ringkaskn iaitu SAYA YANG MENURUT PERINTAH @ SAYA YANG DIPERINTAH?
kite tgk a..kalu dlm permainan bolasepak, kalu pengadil bg kad kuning..maknenya amaran..kalu bg 2 kad kuning ape mksudnya? maksudnya amaran-amaran a..btul x? macam orang..kalu 1org kite pggl seorg,kalu 2 org kite pggl orang-orang.kalu 3 orang..seorang orang-orang(kan 3 org tu)..kalu 4 orang..pejadi dgn 5,6 org atau lbih lg??jwpnnya..pikirlah sendiri..kena dgn nama blog ni..padan muka.
reverse blik bab kad kuning td,ble dpt 2 kad kuning automatiknye kira kad merahla..sama mcm dpt kad merah trus(maknenya kaler kuning+kuning= jadik kaler merah)..so pengacara tv,pembaca brite,tkg tgk&tkg karut seme akan kate pemain itu telah diperintah keluar padang.kalu pemain tu pulak die akn kate bgini..saya telah diperintah kluar padang@ saya yang diperintah kluar padang...persoalannya..nak kluar ke xnk..mesti kluar ke boleh kalu xkluar..kalu pkir itu macam maknenya xterror mane a pemain bola 2..sbb mmg kna kluar jgk samada suka@x..tpaksa@dipaksa..bukan stkt kluar padang..kena kluar trus simpan dlm beg dalam blik persalinan..baru ye..org lain main pn sapa tamat masa tp dia main kluar awal..
Pekenanye dgn sy yg menurut perintah?lbih krg je dgn sy yg diperintah..maknenya same je..
suka xsuka kena buat..tpksa@ rela kena buat jgk..seme ni byk brlaku dalam hidup kite sampailah bab keje..sbnarnye tuan puan..kalu perintah yg baik mmg baik utk dibuat..tp mslhnye kalu bnda xbaik cmne?bnda yg mnzalimi org cthnye cmne?kalu suruh bunuh org nk kena buat jgk ke?tipu org..aniaya org..jeles pastu fitnah?dakwa-dakwi yg salah..mengata..tikam org dari dpn..ada 2 tikam dari blakang..sbb 2 jgn pakai jgn tgk blakang tkut ada org nk tikam dari blakang ..boleh elak sbb dh nampak.kalu kite buat atas tjuan & kepentingan kite bolehlh kite tggungjawab..dh kau sggup tggung kau sendirilah jawab..mmg kite akn msing2 btggungjwb atas ape yg tlh dilakukan..camne kalu mlibatkan SAYA YG MNURUT PERINTAH? kau tggung lah jgk...Allah SWT bg akal kn..bg petunjuk..bagi Al-Quran melalui mukjizat nabi..mmelihara Al-Quran dari dipalsukan agar kita dpt tau yg btul..sunnah nabi Muhammad SAW..hadis nabi..dan ajaran serta tazkirah dr alim ulama..SO..sy edit petikan yg diambik dr sumber lain..
-Hati-hatilah! Di akhirat nanti kamu akan salah menyalah antara kamu dan orang yang menyuruh kamu. Di mana mereka akan berkata kamu yang tangkap kami suruh saja. Di situlah penyesalan kamu akan terserlah. Syaitan akan dipersalahkan oleh orang yang melakukan kemungkaran, namun syaitan akan jawab aku suruh saja yang kamu buat, buat apa. Aku tak campur atas perbuatan kamu. Disini kita semua adalah menumpang. Dan masing-masing bertanggung jawab atas perbuatan masing-masing walau siapa yang suruh. Fikirlah sebab kita semua akan macam datuk nenek kita , akan pergi sana-

pergi ke mane ek?prgi ke sana a...kite seme akan jumpa di sane....Tunggu...kita semakin hampir dan nak sampai dah...xnk pcaye sudaaaah...lantak kaulah..

Sunday, September 14, 2008

Penawar jiwa

seorang lelaki menemui Ibn Mas’ud meminta nasihat untuk dijadikan penawar bagi mengubati jiwanya yang sedang resah-gelisah, fikiran tidak tenteram, tiada selera makan dan sukar tidur.

Ibn Mas’ud menyatakan bahawa untuk mengubatinya lelaki itu perlu melakukan tiga perkara iaitu; pertama, membaca al-Quran atau menghadiri tempat orang membaca al-Quran serta mendengar baik-baik bacaan ayat suci al-Quran.

Kedua, menghadiri majlis ilmu yang boleh mengingatkan hati kepada Allah (SWT) dan ketiga, memohon ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran serta kemurnian hati. Andai jiwa masih juga tidak terubat dengan cara itu, mintalah daripada Allah (SWT) supaya diberi hati lain, kerana hati dimiliki bukan hatinya.

Lelaki berkenaan mengamalkan perkara yang dinasihatkan Ibn Mas’ud. Dia pergi mengambil wuduk kemudian membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selepas sempurna membaca al-Quran, jiwanya terasa begitu tenang dan tenteram, manakala kegelisahannya hilang sama sekali.

Ayat Al-Quran


Wahai orang yang beriman , apa sudah jadi kepada kamu ? apabila diperintah kepada kamu supaya segera ke medan berjuang menegakkan agama Allah , kamu telah memberatkan papan punggung kamu ke muka bumi . Apakah kamu lebih redha dengan kehidupan dunia berbanding akhirat ? maka tidaklah kehidupan dunia itu berbanding akhirat melainkan sedikit ( disisi Allah ). Jika kamu tidak segera ke medan juang nescaya Allah akan mengazab kamu dengan azab yang sangat pedih .

Surah at Taubah . Ayat 38

Thursday, September 11, 2008

zakat fitrah




Assalamualaikum warrahmatullah..
Sempena bulan ramadan ni,bulan yang paling baik di antara semua bulan..di dalamnya byk terdapat kberkatan dan pahala yg dilipat gandakan..Memang byk a klebihan ramadan ni..dan bulan ni diwajibkan zakat fitrah selain zakat2 wajib yg lain.kita ambik tau ttg zakat fitrah ni..

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


so..jom pakat byr...cam motto jom kelik ngundi a..pergi je mane2 kaunter yg brsesuaian untuk byr...jgn salah kaunter dahlah sbb sekarangkan byk kaunter di mana2...SELAMAT BERZAKAT!!

Wednesday, September 10, 2008

AL-QURAN

Nasib yahudi..
al-quran..surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

hadis nabi kita

Hadis riwayat Umar bin Khathab ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Agung lagi Maha Mulia melarang kamu sekalian bersumpah dengan nama bapak-bapakmu

Apakah cita-cita kita yg sbenarnya?

ini buahpikiran ku...
BAHAGIAN 1.
wahai sedara..serta sedari..(kalu adela)
aku mau tujukan 1 soklan biase kite ditanya..
MASIHKAH KAU INGAT??
*tun mahathir pernah berkata yg melayu mudah lupa..*
tp soklan aku mesti masih ingat.. ini tentang masa kecik2 dulu a...
asal stat klas baru mesti datang cikgu baru..asal cikgu baru datang msti klas baru...bukan cikgu dan klas je baru tau...bdk2 seme baju baru,suo baru,kasut baru,beg baru..kebykkan serba baru trmasuklah rambut dan kengkawan..
cikgu mesti suruh bgtau nama,hobi dan lain2 tp yg nk tau sgt mesti bab cita-cita..tp byk org x prasan yg cikgu ni sbuk je tnye psl cita-cita org tp die punye ada bgtau??ade x de??dah nama cikgu ikut suka die a nk bgtau x pn.ade ke situ plak pkir..persoalannya..ape cite-cita korang??
besenye yg mudah disebut a cam askar..polis..bomba..dan yg sejenis dgnnya..cam xde cite2 lain dah nak bgtau..ape da..tp padan a sbb yg bgtau pn bdk2..mmg kna a pd waktu 2..pas2 naik darjah baru ubah pusing lbih krg-krg lbih g2 jgk a..tp nk tanye a..jadik x ape yg tlah dicita2kan itu??ada yg kna tp xramai yg btul2 kn??

*tggu bahagian 2 yg lbih suspen dari suspended...*

EDIT UNTUK MASA HADAPAN

Alhamdulillah...ruangan ini akan menyediakan maklumat yang diedit dari mana-mana sumber yg bleh dipakai untuk dikongsi dgn sesape je & jgk pendapat sendiri yg boleh dipikirkan...InsyaAllah agar dpt menjadi petunjuk dalam kehidupan ini.....