Friday, February 13, 2009

yahudi bijak?

saya ada baca mengatakan orang yahudi ni bijak.. tapi pada pandangan saya..

  1. yahudi ni tak bijak..kalau bijak takkan melawan Allah swt dan rasul2nya..bukan setakat menentang bahkan sanggup membunuh nabi2 yg diutuskan sehingga mahu membunuh nabi muhammad saw..padahal mereka tertunggu2 nabi penutup segala nabi itu..
  2. kalaulah melawan Allah swt ini dikatakan bijak maka ramailah bijak pandai di dunia ini..sebab ramai orang sekarang ni melawan Allah swt..daripada pangkat rendah sampailah pangkat atasan..ikut cara masing2..
  3. ramai yang melawan Allah swt ni secara terang2 dan ada secara sembunyi2..Allah swt tahu apa yang manusia zahirkan dan apa yang manusia sembunyikan dalam hati..dan kita kena tau kita ni buat betul ke salah...kalau tak tau maknanya jahil dan kena cari ilmu..tapi kita ni bab cari ilmu payah..jangan kata ilmu untuk akhirat..ilmu untuk duniapun malas..ramai jugak yang cari ilmu hanya untuk dunia je..akhirat tidak..nak senang atas dunia je kot..
  4. dipendekkan cerita..yahudi ni bijak ilmu untuk dunia je..samalah juga dengan kita yang bijak-bijak ni..yang betul2 bijak ialah yang beriman kepada Allah swt..Allahuakbar..
seandainya mahu tau apa yang saya baca..rujuklah yahudi bijak,betulkah?
sekian..Wallahualam..

Thursday, February 12, 2009

penasihat

  1. kita kalau cerdik akan dengar nasihat orang..lagi cerdik kalau kita guna akal untuk berfikir nasihat orang tu..
  2. kalau bodoh takkan dengar nasihat orang..lagi bodoh kalau jenis pantang dinasihati..mula la cakap pantang keturunan aku dinasihatkan..sebab tu jadi bodoh!
  3. ada nasihat yang baik dan ada nasihat yang jahat..ada ke nasihat jahat? yang ajar buat jahat tu nasihat jahatlah..
  4. sesiapa pun boleh menasihatkan tapi biarlah nasihat yang baik..yang membawa kepada kebaikan..
  5. ada yang jadi penasihat rasmi dan penasihat tak rasmi..
  6. penasihat tak rasmi ni ramai dan sape2 saje boleh menjawatnya tapi penasihat rasmi ni bukan sembarangan orang..hanya mereka yang tertentu saja yang boleh dan dibenarkan..bergantung pada keadaan dan syarat2nya..
  7. sebaiknya penasihat ni lebih pakar dan lebih ilmunya dalam bidang yang hendak dinasihati itu..takut jadi orang yang dinasihati tak pandai..yang menasihatipun tak pandai..sifir matematik kata 2 x 5..5 x 2..sama2lah tak pandai..dah apa pekdahnya?takde pekdahnya..
wallahualam..hanya Allah swt yang maha mengetahui..

Saturday, February 7, 2009

lompat..

panas dengan isu lompat..berbagai2 pandangan ada..

pada aku..lompat ada baik dan buruknya..dan ada kesannya..nak kata salah ke betul kena tengok tujuan dan hasilnya..

lompat ke tempat yang lebih baik adalah baik..dan lompat ke tempat yang kurang baik adalah kurang baik..umpama berpindah..atau dalam islam umpama hijrah..hijrah mestilah ke arah yang lebih baik..kalau pergi ke arah buruk tidaklah patut dinamakan hijrah..sesat adalah..

apakah kita suka pergi ke arah tak baik? atau apakah kita suka orang yang pergi ke arah tak baik..
sama2lah kita bergerak ke arah yang baik dan kita harus alu2kan mereka yang pergi ke arah yang baik..dan tengoklah di mana kita berada sekarang ni..

dan islam menyuruh kita berhijrah ke arah yang lebih baik..Wallahualam..

tahniah

tahniah kepada kerajaan baru perak atas penubuhan kerajaan negeri akhirnya..

banyak ulasan dan pandangan penganalisis atas apa yang telah berlaku..ada yang baik dan ada yang kurang baik..namun apa yang berlaku..kemenangan ini merupakan sesuatu yang mahal bayarannya..

semahal mana?

banyak isu sedang berlaku dan akan berlaku nanti..apapun apakah ini sesuatu yang amat berbaloi..
dalam jangka masa sekarang memang berbaloi..namun akan datang..Allah swt jualah yang maha mengetahuinya...kita hanya merancang namun Allah swt yang menentukan..

apapun buatlah apa yang dikehendaki..orang tua2 berpesan..buat baik dibalas baik..buat jahat dibalas jahat...dan..

Allah swt beri peringatan..Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

negeri PERAK

selepas lama tak menulis...kini kembali...
tapi nak tulis pendek je...

apa yang berlaku sudah berlaku..yang lepas sudah lepas..yang akan berlaku..adalah bermula sekarang..apapun mengikut undang2..MB yang telah dilantik hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN, melalui undi tak percaya dalam persidangan DUN atau MB meletak jawatan..

sebab tu sultan perak menitahkan MB meletak jawatan..terpulang kepada MB sama ada untuk meletak jawatan atau tidak..sebab tu sultan bertitah lagi..kalau MB tidak meletak jawatan maka MB akan dikosongkan..ini maknanya MB dilucutkan jawatan..

dalam undang2 sekarang MB tidak boleh dilucutkan jawatan disebabkan oleh undang2 yang telah dipinda selepas inggeris menguasai tanah melayu dan pemerintahan kerajaan sekarang..

kita banyak information dari sumber media massa dan akhbar..namun mereka yg berkecuali ataupun 'tak berpolitik' eloklah ambik dari suhakam umpamanya..

Friday, January 30, 2009

KITA TUKAR AYAT..

ni bukan bab ayat-ayat cinta..apala tu citer punye tajuk..aku bab tajuk citer aku ingatla..walaupun tak tengok..

ni hanya sebagai suka2 je..walaupun taknak suka..takpe..peduli apa aku..

seringkali kita mendengar dan terbaca ayat2 ganas..tak pun kasar dari segi bahasa dan tafsirannya..takpun jenis yang tak berapa sesuai tempat duduknya..ayat tu aku olah biar sedap sikit dan sopan je bunyinya..walaupun mungkin dah ada orang buat tapi aku acu cuba try test yang terbaik..

  1. cis natang - cis keju..(cis tu cheese) *ayat ni popular di terengganu je sebagai penyedap kata untuk menunjukkan keberangan dan kemarahan..so orang terengganu paham la..
  2. pergi mampuslah kau - pergi kampuslah kau *ayat ni sesuai sangat untuk mereka yang belajar tinggi cam kolej,politeknik,maktab,institut,universiti dan yang berkaitan dengan kampus termasuklah mereka yang kerja..
  3. pergi jahanamlah kau - pergi jamuanlah kau *ayat ni adalah dialog filem di mana yang menyebutnya ialah apek..ayat penuhnya ialah pergi jamuanlah kau dengan bapak kau..
  4. celaka kau - melaka kau *kalau orang tu orang melaka so kenala..tapi kalau bukan orang melaka..takpe..no halnya..tak pun tukar jadi celana kau..nanti dia tanya apa itu celana..itu kalau yang tak tau..jawablah..bila mama pakai celana..papa menari rock n roll..itu lagu la..
  5. kurang ajar kau - kurang ajak kau *pastu sambung gi dengan menyebut meh aku ajak kau..diapun tanye..gi mana..jawablah..mana aku tau..
  6. kau ni memang sial - kau ni memang siap *siap sedia la tu..
  7. mangkuk hayun kau ni - tolong bawak sini mangkuk hayun tu..aku nak guna..*dalam ati..kau tu mangkuk hayun..dan hayunkan mangkuk ke kepala kau tu..
  8. go to hell - go to go atau go to shell..*bab ni nanti aku buat post lain la..
  9. gila ke apa kau ni - aku gila kat kau ni *tak pasal2 jadi orang gila..
  10. bodohlah kau - bodohlah 'cow' (maksudnya bodohlah lembu) *suka2 ati kata orang tu lembu..teruslah cakap..bodohlah lembu..kaupun lagi cerdik dari lembu..suka2 ati je kata lembu tu bodoh..bodoh2 lembupun tak masuk neraka..
  11. bangsatlah kau - pergi bangsarlah kau *1 tempat di kl kalau tak silap..
  12. pergi matilah - pergi matilah enjin kete tu..bukan nak gerak pun kete tu..
  13. biadap betul - beradap betul *padahal takde adap pun..sindir anak pukul menantulah ni..anak jangan pukul..menantu takpe.. sengaja aku tukar da..
  14. bengong sungguh kau ni - berguna sungguh kau ni..*ada orang sebut bengong..ada orang sebut bingung..pada aku..sama je..
  15. astaga - istighfarlah iaitu antaranya astaghfirullah hal adzim *(aku mohon ampun pada Allah yang maha agung)
  16. malas aku pikir dah- korang pikirsendirilah..banyak lagi kot dan ni antara aku sempat pikirkan..ada apa yang kurang atau tak kena tu layan dirilah..tambah sendiri..
thanks u dan terima kasih..

Thursday, January 29, 2009

sayangilah orang yang tersayang..

pernah orang berteka-teki padaku..macamana mau ingat orang yang tersayang?
dipendekkan soaljawab teka-teki itu so hasilnya..
aku jawablah macam2..itulah inilah..last2 sekali jawapannya...pandu dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang..itukan iklan jalanraya..ye ye je jawapannya..

setakat manalah kita sayang orang yang tersayang? dengan kasih sayangnya..dengan duitnya..dengan susah payahnya..dengan senang lenangnya atau dengan bimbingannya atau dengan apa2 saja yang sewaktu dengannya?..

setakat mana agaknya masa yang kita boleh bersama dengan orang yang tersayang itu?
masa yang lepas kita dah tau..kita kira maka kita taulah selama mana..tapi cuba fikirkan masa kita yang ada untuk orang yang tersayang itu untuk masa sekarang dan mendatang..selama mana?..boleh agak2 tapi tak boleh yakin sangat selama mana..kita bolehla cakap nak selama mana pun tapi takdelah selama-lamanya..

kalau sebelum ni kita biasa dengar kematian orang sekampung..kalau duk kampung a..kalau orang bandar..orang bandar a..kalau duk hulu orang hulu..hulu ke kuala ke atau bandar ke tak kiralah..kat mana2 pun tempat kurang lebih sama je..contoh di terengganu ada hulu terengganu..di selangor ada hulu selangor..di kl pun ada kampung iaitu kampung baru..padahal kat kl tu..sori orang kl..saja panjangkan citer dan cite2...kasi pusing sikit..masuk citer balik..pastu dengar2 orang lain pulak mati..tiba2 mak orang tu..kemudian ayah orang ni..tup2 adik dia tu..sedar2 abang die ni..kadang2 kita tersa dan kadang2 tak terasa apa..kalau cam kawan rapat kita..kita nampak sangat kesedihannya so kitapun terasa sekali..kalau yang tak kenal tu..kita rilek je..tak rasa apa2..

Agak2nya apa jadi pada kita bila tiba2 ahli keluarga kita mati..atau orang biasa cakap meninggal..benda yang membawa maksud yang sama..agak2nya camne dengan penerimaan berita itu..adakah kita bersedia dengan berita itu? kebanyakkan orang tidak bersedia termasuklah diri sendiri yang sedang menulis ini..memang akan terkejut sangat..dan memang sedih sangat..mulalah hilang semangat..lemah..terasa sangat2..sebab yang mati itu orang yang tersayang..orang yang kita sayang...orang yang belum melalui belum merasanya..tapi bagi mereka yang telah melaluinya memang merasa peritnya..penulis pernah melaluinya tapi dah lama dah..untuk sembuh dari kesedihan itu memang ambik masa..terutamanya orang yang betul2 rapat dengan kita..sehingga boleh mengubah perjalanan hidup kita..

kematian tetap berlaku..semua manusia akan merasai mati termasuklah kita..bukan benda yang mustahil tapi benda yang pasti..so bersedia atau tidak..kita mesti get ready..bersedialah..kalau tak orang lain pergi dulu..kita yang akan pergi dulu..tiba2 hilang sorang penulis blog..ingat tak jadi blogger dah tapi rupanya bukan tak jadi blogger je tapi tak hidup lagi dah..

jadi pada kesempatan yang ada ni..sayangilah orang yang tersayang dengan sebaiknya..sayang dengan benda yang menjamin kebaikan dan bukan sayang tak bertempat..sayang dengan baik agar tidak menyesal di kemudian hari dan sayang dengan baik agar tidak menjadi beban dosa yang tak tertanggung..kita tak boleh berada dalam keadaan zon selesa..

teringat hadis nabi kita..bila meninggalnya anak adam..terputuslah segalanya dengan dunia kecuali amal jariah..ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan..walaupun yang mati itu bukan mak ayah kita..adik beradik contohnya atau tok nenek kita atau sesiapepun..kita berbuatlah setakat mampu semoga sampai pahalanya kepada arwah..turn kita tak tahu bila lagi..

Apapun..kalau ada kesalahan dan kesilapan minta dibetulkan..apa perlunya jadi penulis yang tidak mahu bertanggungjawab apa yang dituliskan dan tidak mahu diperbetulkan kalau salah..kenapa perlunya sensitif tak bertempat dan tidak mahu langsung dikritik..kita mesti terbuka dan jangan sampai telanjang!..minta maaf kalau ayat kurang difahami sebab tersurat dan tersirat digabungkan..Semoga kita mendapat hidayah dan petunjuk sentiasa dari Allah swt..agar kita sama2 selamat dunia dan akhirat insyaAllah..wallahualam..


Tuesday, January 27, 2009

TAK FAHAM AKU..

Ni bukan bab merapu tapi bab yang perlu dijelaskan..nak baca bacalah..kalau rasa pening tak payah bacalah..ni hal faham tak faham..ni bukan hal besar dan bukan juga hal kecik..walaupun bukan hal besar tapi boleh jadi besar tau..walaupun bukan hal kecik tapi boleh jadi kecik..dah hal besar ke hal kecik ni?

bukan hal besar atau hal kecik tapi hal faham tak faham je..ada faham? kalau tak faham..tak payah faham la..ni bahasa tinggi..orang rendah memang takkan faham..
kenapa perlu faham? sebab ramai orang tak faham..kenapa ramai orang tak faham..sebab taknak faham..benda asasnya mudah tapi sengaja disusahkan so jadi susahlah..

kenapa kita cakap kita ok padahal tak ok?kenapa kita boleh cakap kita tak ok padahal ok je?kenapa perlu adanya konflik dalam diri yang orang lain sedar tapi kita tak sedar?kenapa perlunya sensitif di kala orang lain tidak sensitif?

kenapa membincangkan sesuatu yang menimbulkan banyak tanggapan tapi kita tak mahu tanggapan lain melainkan tanggapan kita punya je?baik tak payah bawak berbincang..ataupun baik kita kongsi dengan orang yang akur dengan kita je..apapun..tak faham aku..aku tak faham..lebih-kurang dan kurang-lebih je tu..
nak kata apapun..katalah..aku tak kisah..yang penting aku faham..aku sorang je faham..

sekian terima kasih...

Tahun lembu

pepatah melayu menyebut..
lembu punya susu..sapi dapat nama...
tapi dalam kaum cina..
tahun baru cina tahun ni adalah tahun lembu..

bagi masyarakat cina..tahun lembu membawa pengertian bekerja keras..tahun lembu akan membawa tuah kepada mereka yang berusaha gigih bagi memburu kejayaan.
itu kepercayaan dalam masyarakat cina..sebab itulah mereka banyak berusaha keras dalam tahun lembu ini..

dah camne pulak dengan masyarakat melayu? atau masyarakat yang lain..
apakah kita hanya melihat kaum cina saja bekerja keras? sedangkan kita tahu untuk mendapat sesuatu kita harus berikhtiar..nak dapat sesuatu bukan mudah terutamanya melalui jalan yang betul..sedangkan kalau kita berikhtiar belum tentu dapat tapi kalau tak berikhtiar langsung memang jauh sekali untuk mendapatnya..apapun berikhtiarlah..selepas tu bertawakallh pada Allah swt sebab kesudahannya segala sesuatu adalah pada Allah swt jua..

Friday, January 23, 2009

BERSELAWATLAH KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-ahzaab ayat 56)..

Selalu kedengaran di khutbah jumaat bahkan dibacakan ayat di atas semasa khatib naik ke mimbarnya..dan menjadi rukun khutbah jumaat iaitu berselawat kepada nabi..Firman daripada Allah swt menyuruh hamba2nya yang beriman berselawat ke atas nabi..dan Allah memberitahu yang sesungguhnya Allah swt pun berselawat ke atas nabi…malaikat pun berselawat ke atas nabi..dah apalagi kita yang manusia yang banyak buat dosa dan maksiat ni patutnya dan tidak ada alasan untuk tidak berselawat ke atas nabi kita iaitu nabi Muhammad saw..apakah maknanya kita mengaku islam kalau kita tidak berselawat sedangkan ada dalam al-quran menyuruh kita berselawat..

itulah sebabnya selawat diletakkan dalam solat dan diletakkan dalam doa..dah kalau yang tidak solat dan tidak boleh solat disebabkan keuzuran yang dibenarkan..adakah selawat itu? Apakah maknanya kita mengaku kita ni umat nabi Muhammad dengan tidak berselawat ke atasnya..apakah kita tidak kasih dan sayang kepada nabi kita..nabi yang banyak berkorban untuk kita di sepanjang hayatnya..banyak kesusahan dan kesulitan di masa hidupnya..yang menempuh peperangan semata-mata untuk mempertahankan agama Allah swt iaitu islam dan membela umat islam dan memastikan agama islam berjaya..banyak melalui detik2 cemas dalam perjuangannya..belek2lah buku sejarah yang menceritakan kisah hidup baginda..

dan satu2nya nabi yang dapat memberi syafaat di hari akhirat kelak..di mana semua manusia termasuk semua yang dibangkitkan.. termasuk nabi dan rasul hanya bimbang memikirkan nasib dirinya tapi hanya nabi kita iaitu nabi Muhammad saw yang memikirkan nasib umatnya dan memberi syafaatnya..hanya orang2 yang benar2 “umatnya” saja yang diberi syafaat..semoga kita ini tergolong di dalamnya..

Nabi Muhammad saw juga bersabda bahawa sesiapa yang berselawat ke atasnya maka Allah swt akan membalasnya dengan sepuluh selawat.. bertapa Allah swt mahu memberi kebaikan yang banyak kepada orang yang berselawat ke atas nabi..dan bila mendengar nama nabi Muhammad saw disebut maka disunatkan kita berselawat ke atasnya..

Sangat banyak kelebihan selawat ini..dan antaranya..
Rasulullah SAW telah bersabda (maksudnya) bahawa : "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail telah berkata kepadaku:-
Berkata Jibril AS - "Wahai Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca selawat keatasmu setiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan aku bimbing tangannya dan membawanya melintasi titian seperti kilat menyambar". Berkata Mikail AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku memberi mereka minum dari telaga mu" Berkata Israfil AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu"
Berkata Izrail AS - "Bagi mereka yang berselawat keatasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para anbia.

Sama-samalah kita berselawat dan mengikut apa yang telah diajarkan baginda kepada kita..Wallahualam..

Thursday, January 22, 2009

PENGKRITIK..

Hari ni tajuk ringan-ringan dahla..
rilek-rilek sikit..
nak cakap pasal pengkritik..
Pengkritik...

bukan pengkhianat..atau pengkid...
jauh bunyinya antara pengkritik..pengkhianat..atau pengkid...atau perkataan lain yang seumpamanya..maaflah kalau ada unsur sensitif..pengkritik tu ape?..ntahle...jawab sendirilah...
apa yang aku tau..pengkritik ni orang yang mengkritik...pengkritik la tu...

adakalanya mengkritik ni mendatangkan kebaikan...dan adakalanya mengkritik ini mendatangkan keburukan..macamana tu...itu bergantung kepada benda yang dikritik..orang yang dikritik..orang yang mengkritik..tengok masa dan tempatnya pulak..

mengkritik ni boleh dikategorikan sebagai komen membina...komen meruntuhkan..pencadang..pemberi idea..merangsangkan kebolehan..memberi nasihat..memarahi..dan apa-apa jelah..

semua orang boleh mengkritik tapi kebanyakkan orang tak suka dikritik..yang tak berapa kena ialah orang yang mengkritik orang tapi taknak dikritik orang..umpamanya dialah saja yang betul..tapi kalau memang dia betul maka tak perlulah dikritik lagi bahkan patutnya disokong..
tapi kalau orang tu mengkritik benda yang salah dan tidak diterimanya..tak bolehlah...kita kalau salah dan orang tegur..patutnya kita terima dan berterima kasih...jenis pulak kita yang suka mengkritik orang..

apapun..pengkritik hendaklah bersedia dikritik..boleh dikritik..bukan sekadar mengkritik je..
buah cempedak di luar pagar..ambik galah tolong jolokkan..aku bukan budak lagi dah..nak kritik-kritiklah supaya aku bertambah power...power ape ntah..power ranjers

teringat dialog dalam cerita madu 3.."aku bukan marah..nasihat..!!"

Wallahualam..

Tuesday, January 20, 2009

SELIMUT PUTIH

Penulis amat meminati lagu ini..

Lagu ini bukan sekadar hiburan semata-mata tapi lebih dari itu..

Ia begitu menusuk kalbu dan bisa membuatkan jiwa sebak..

Sebuah lagu yang bagus sebagai peringatan kepada diri sendiri..

“Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan”

“Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri”

“Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung”

“Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman”

nak pamerkan lagu ni cam orang lain buat tak pandai so bagi lirik lagu jelah..baca dan boleh sebut sendiri..boleh jugak tengok dalam youtube AKHIL HAYY

Monday, January 19, 2009

tiada halangan..hanya peluang..

Ni sebenarnya lirik lagu yang suka sangat berkumandang di radio terengganu..
tak mintak lagu pun dia keluar radio jugak..
takpelah...kita layan jelah..
penulis pun pandai menyebut lirik lagu ni..
payah apa nak sebut setakat "tiada halangan hanya peluang"..
tapi bukan boleh sebut je tau...ni siap boleh nyanyi lagi..
payah apa nak nyanyi setakat "tiada halangan hanya peluang"..
ntahle..pikirsendirilah...
tapi nak bagitau..
bests sangat sangat lagu ni..(sebab tu tulis "bests"..kalau tulis best tanpa "s" maknanya sedap biasa je..tambah sangat sangat lak tu..tersangat best a tu..ada-ada je penulis ni..)
bukan setakat di radio malah tersiar di mana-mana..
tapi nak tambah je...
InsyaAllah..tiada halangan..hanya peluang..
baru betul..!
sekian..terimalah kasih...terimalah sayang..
wallahualam..

Sunday, January 18, 2009

PERANCANG..!!

AYAT AL-QURAN..

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. (Ali-imran ayat 54)

Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. (Al-anfaal ayat 30)

- ORANG KAFIR DAN MUSUH ALLAH MERANCANG DENGAN PELBAGAI RANCANGAN..PELBAGAI TIPU DAYA DAN PELBAGAI MUSLIHAT TERHADAP ORANG ISLAM DAN AGAMA ISLAM..NAMUN ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI DAN MAHA PERANCANG..DAN SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH SWT SEBAIK-BAIK PERANCANG..WALLAHUALAM..

Saturday, January 17, 2009

GERHANA MATAHARI HARI INI..

Hari ini 20 muharam 1430 hijrah dan 17 januari 2008..
Merujuk kepada perkara di atas..Gerhana matahari hari ini..insyaAllah berlaku..bukan gerhana ska cinta tau..itu nama team penghibur tanahair..

Bukan apa sebab tengok cuaca mendung je..tengok matahari redup je..seolah-olahnya berlaku gerhana matahari di mana bulan mengambang di waktu siang..konsepnya iaitu bulan berada di tengah-tengah antara bumi dan matahari..kira-kiranya bulan mengambang a..berlaku di waktu siang so gerhanalah matahari..kalau berlaku di waktu malam maknanya bulan mengambang..

InsyaAllah..gerhana matahari berlaku dari pagi hingga ke malam...elok je bulan mengambang...dan berlakunya di kuala terengganu..dan orang kuala terengganu tidak nampak yang lain melainkan bulan mengambang saja..

Kalau tak berlaku pun..harapnya berlaku jugak..InsyaAllah...sesungguhnya Allah swt maha kuasa dan maha bijaksana dalam mengatur sesuatu urusan..ya Allah ya tuhanku..berilah kemenangan kepada hamba-hambamu yang inginkan keredhaan darimu..Amin..

Friday, January 16, 2009

BERANI SUNGGUH..

Ni nak cerita pasal keberanian manusia..
berani camne?
berani camne entahlah..nilai sendirilah..
ada orang tu bila cakap...keluarlah ayat al-quran dan hadis nabi...
ada orang tu bila tulis...tulis pasal al-quran dan hadis nabi...
ada orang tu bila tulis pasal israel..marahkan israel..
ada orang tu bila pasal palestin..kesiankan palestin..
ada orang tu bila orang ajak boikot barang amerika dan israel..tupun sebab kes israel menyerang palestin..maka join sekali...join orang tu je tapi bukan join boikot..
tapi... masih sokong orang yang jelas lagi zahir kesalahannya dan kezalimannya...
masih sokong dan join orang yang jelas lagi zahir keburukannya...
masih menyebelahi orang dan pihak yang jelas lagi zahir kejahilannya...
masih tetap bersama-sama dengan orang yang mempertikaikan hukum islam...
masih tetap di pihak orang yang menghalang bangunnya islam...
dari dulu sampai sekarang banyak benda yang Allah swt telah tunjukkan dan berlaku di depan mata kita..
tapi masih lagi berani...Allah swt maha kuasa dan maha mengetahui apa yang ada dalam hati kita..kitapun tahu siapa sebenarnya kita...kita bolehlah berpura2 dengan orang...sampai bila? nanti bila saatnya sakaratulmaut ataupun dalam proses kematian akan dipertunjukkan kepada kita tempat sama ada syurga atau neraka..heaven or hell..hetty koes endang pun pernah sebut dalam bentuk lagu..kita pun biasa sebut..selalu jugak dan tidak asing bila dengar perkataan syurga dan neraka ni..selama mana..selama-lamanya..sampai bila..sampai bila-bila..forever and ever..
Tak faham..tarik nafas..bukak mata..bukak telinga..buat pemerhatian dan pikirsendirilah..wallahualam..

Thursday, January 15, 2009

SIAPA PUNYA HUKUM…

Sesiapa yang berani buat hukum? Orang yang berkuasa saja berani dan boleh buat hukum.

Siapa yang berani menghukum? Orang yang diberikan kuasa dan tanggungjawab saja yang berani dan boleh menghukum.

Siapa yang berani dihukum? Orang yang telah dibuktikan bersalah..dan orang yang takut pada kesalahannya akan menyebabkan dia dalam keadaan tidak selamat..tapi kebanyakkan orang tidak berani dihukum walaupun berani buat salah..

Semua hukum dilaksanakan oleh manusia selaku khalifah di muka bumi..jadi kalau dah manusia yang melaksanakan hukum maka manusia boleh membuat hukumnya sendiri.
Justeru itu Allah swt selaku pencipta manusia dan alam ini bahkan pemilik kepada kita semua ni di mana kita berada dalam genggaman dan kekuasaannya, telah menurunkan hukumnya sendiri yang diperturunkan melalui rasulnya iaitu nabi Muhammad saw untuk digunapakai demi keadilan dan kebaikan kita keseluruhannya. Antaranya hukum Allah swt iaitu dikenali sebagai hukum hudud.

Hukum hudud bukanlah hukum malaikat atau nabi atau milik makhluk manapun tapi adalah hukum Allah swt. Kalau dah hukum Allah swt punya mengapa kita yang mengaku sebagai orang islam menentangnya, tidak bersetuju dan berpendapat sama pandangan dengan orang yang kafir dan munafik..apakah kita masih dalam islam jika menentang walaupun sekadar tidak bersetuju dengannya. Ada juga mereka secara sinis dan menyindir bila ada pihak ingin menjalankan hukum Allah swt..apakah masih islam kita jika menentang hukum pemilik islam itu sendiri..

Kemanakah kita akan pergi atau mahu lari kalau kita menentang Allah swt..kita ni milik Allah swt dan kepada Allah swt lah kita akan pergi..dah tak ada tempat lain lagi dah mahu lari..

Semoga kita antara orang yang mendapat taufik dah hidayah daripada Allah yang maha berkuasa dan maha besar..insyaallah..

FILEM MAUT....

Anda suka menonton filem? Filem apa anda suka tonton? Hobi andakah menonton filem? Atau tak tau apa itu filem?

Tau ke tak tau lantak la..tak tahu sangat tanyelah kat adam..dia ada nyanyi lagu tajuknya tak tahu…

Ni nak cerita pasal filem..bab hiburan la ni..ala-ala melodi..layann (kata farafauzana..teringat ada iklan Nescafe di Terengganu di mana fara ni bertudung.. negeri lain tak taulah).

Selalu kita dengar dan lihat promote iklan filem berbunyi..akan datang di pawagam yang berdekatan anda..kalau dia tak bunyi maknanya dia tulis.. pastu sekarang tengah kencang iklan 1 filem tu yang bertajuk MAUT..maut sungguh tajuknya…memang dahsyat gile a..asalnya tajuk filem tu malaikat maut…camne ceritanya tak taulah sebab tak pernah tengok...filem pun belum lagi tayang..apa a..daripada tengok dan baca berita dapat tau yang tajuk asal tu ada masalah sikit so ditukarkan jadi maut..buang malaikat..dengar daripada pengarahnya mengatakan filem ini adalah filem alam barzarkh(sumber melodi)..memang maut a filem ni..jenis yang mengandung dan sakit jantung dan sakit2 yang kritikal tu baik tak payah a nak tonton filem ni..nantikan bahaya lak masa tengok..sambung lagi..filem ni dikatakan berciri islamik..berkonsep ketuhanan..keislaman dan mampu mengingsafkan manusia dan orang ramai..camne tu..nilai sendirilah…

Kalau filem ni cerita pasal alam barzarkh..dah ada sebelum ni filem cerita pasal alam akhirat..tajuk pun akhirat..nak ulas panjang pun tak reti sebab tak pernah tengok filem akhirat..cakap pasal filem maut dan akhirat ni teringat pasal video sajak kematian yang heboh dan kecoh 1 ketika dulu..zaman dulu2 a..kecoh sampai dalam tv dan menteri lagi..kalau maut maknanya mati..akhirat ni zaman selepas alam barzarkh@alam kubur..maknanya zaman lepas mati…sajak kematian pun cerita pasal mati..dah pasal apa sajak kematian kecoh tapi 2 filem tu tak kecoh manapun..kecoh kalau setuju takpe ni kecoh protes..alasan sebab di sekolah budak jadi takut..sebab ditayangkan pada budak sekolah..mendidik mestilah bermula dengan budak2..kalau dah tua keras dah..melentur buluh biarlah dari rebungnya..

Hal2 kematian ni patutnya orang dewasa yang kena reti dan ambik pengajaran..patut lebih takut dan berwaspada tentang kematian ni dari budak2.. sebab orang dewasa ni akan mati dulu dari budak2..kalau budak2 mati dulupun takpe sebab kebanyakkannya belum akil baligh..orang dewasa ni kebanyakkan baligh semua.. anak2 tengok cerita seram sampai takut takpe tapi tengok video kematian dan jadi takut tak boleh..nak komen panjang lagi tak reti dan takut tersalah...

So faham2 sendirilah..kalau ada kesilapan harap dibetulkan..sekian dulu..wassalam dan wallahualam..

Monday, January 12, 2009

OH MY GOD?

Melalui pengembaraan ke alam siber..maka banyak blog telah dilawati dan antaranya dikomen..suka2 ati je komen..nak komen kenalah suka ati..kalu tak suka tak jadi bang..

Antara komen tersebut mungkin menyinggung dan membantu blogger untuk lebih tahan lasak walaupun dikomen..walaupun banyak blog dilawati tapi yang sempat disinggah hanyalah 4-5 blog..kira banyak a tu..
rupanya cantik2 dan kreatif sungguh blog orang..berwarna warni..berbunga bungi dan ada style loo..penuh disolek dan dimake-up..banyaknya perbezaan blog orang lain dengan blog ini..ini menunjukkan betapa kurangnya ilmu nak jadi sebagai blogger..

Disebabkan nak tulis jugak maka tak dipedulikan itu semua..

Apahal dengan OH MY GOD? Ni baru masuk cerita..tadi panas enjin je..ni baru nak gerak..mana boleh start enjin terus nak gerak..tak tahan lama enjin..dan pantang larang dalam ilmu enjin kalau gerakkan enjin tanpa pemanasan betul..maknanya enjin tak cukup panas a..macam orang bersukan a..mana boleh terus main..kena warming up dulu..

OH MY GOD bukan oh my good..bermaksud..oh tuhanku..apasal bunyi gitu? Bila time terkejut..takut..suka dan sesuai dengannya maka akan terkeluarlah perkataan itu..paling banyak kita dengar dalam cerita barat a.. disebabkan yang menyebutnya orang barat maka padanlah dengan agamanya yang dia punya tahu siapa yang ditujukannya..

Malangnya..dalam cerita melayu..orang melayu bersembang pun rilek je terpacul perkataan oh my god..masalahnya kalau bercakap boleh keluar pulak alhamdulillah..segala puji bagi Allah swt..insyaallah..jika diizinkan Allah swt..maksudnya bercakap gaya orang islam...dah macamana tu..kenapa tidak keluar ya allah ya tuhanku..masyaallah..subhanallah..allahuakbar..istighfar ke..ape a..kitakan orang islam..ikutlah cara islam..kenapa mesti ikut barat pula..bila dah jadi tabiat yang jadi payahnya..biasakan dengan cara islam..insyaallah..nanti biasa dan dapat pahala serta makin memantapkan akidah dan iman dalam dada..insyaallah makin teguh dalam islam..sikit-sikit nanti jadi banyak a..

Apapun dekatkan diri dengan islam..bukan menjauhinya..jauh dari islam bermakna kesesatan..
Wallahualam...

Saturday, January 10, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2..

Ni pasal tahun baru lagi..Kalau masuk tahun baru orang duk sibuk dan buat-buat sibuk dengan azam..asal tahun baru mesti azam..asal azam mesti tahun baru..apakah azam hanya perlu tahun baru je?

Tak salah azam tapi seolah2nya azam dikira dalam tempoh tahun saja, itu pasal jadi azam tahun baru..kenapa tak ada azam hari2? azam bulan2 ke? Kenapa tak ada azam esok lebih baik dari hari ni contohnya..hari ini lebih baik dari semalam..kan Rasulullah saw ajar macam tu..ada hadis mengatakan beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam...sia2 je orang yang sama dengan hari semalam dan amat rugi dan malang orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..kan boleh buat azam hari2 tu..

Apakah kita boleh jamin hidup sampai 1tahun lagi..tak tahu kan? so selagi masih hidup..hidup mesti diteruskan..pandang ke depan dan hati2lah selalu..nak azam 1tahun ke..2tahun ke..atau bila2 pun pastikan ke arah lebih baik..
Apapun..wallahualam..

SELAMAT TAHUN BARU 1..

Hari ni 13 muharam 1430 hijrah dan 10 januari 2009 masihi..dah masuk hari ke-10 dalam tahun masihi dan hari ke-13 tahun islam..

Walaupun dah terlewat sikit berbicara pasal tahun baru tapi dikira masih awal lagi..lagipun sekarang ni masih ada orang mengucapkan selamat tahun baru sana..selamat tahun baru sini..nanti dah habis bulan 1 ni baru reda semua ni..

Tapi yang duk ucap selamat baru ni adalah merujuk pada tahun 2009 rupanya..padahal tahun ni yang masuk dulu tahun hijrah..awal 3hari pulak tu..takdelah orang nak ambik tahu sangat..tapi masuk tahun 2009 semangat bukan main..sampaikan tertunggu2 bila sampainya detik dan saatnya tahun baru..siap dengan sambutan..sampai tak tido malam pada malam tahun baru..kalau tak tido malam kat rumah takpelah ini tak tido malam duk lepak merata2..tambah pulak yang bersosial..haru biru semuanya..

Kita yang beragama islam ni sambutlah tahun sendiri..tahun hijrah..dan ramai yang menyambutnya..sambutlah dengan doa dan kesyukuran sebab masih ada lagi umur kita..masuknya tahun baru ni maknanya bertambahlah umur kita..makin tua..dan sambutlah dengan perkara2 yang baik..lagi berfaedah..

Apapun selamat tahun baru 1430 hijrah..dah 1ribu 4ratus 3puluh tahun hijrah nabi muhammad saw dari mekah ke madinah..permulaan islam berkembang..Wassalam..