Thursday, September 11, 2008

zakat fitrah




Assalamualaikum warrahmatullah..
Sempena bulan ramadan ni,bulan yang paling baik di antara semua bulan..di dalamnya byk terdapat kberkatan dan pahala yg dilipat gandakan..Memang byk a klebihan ramadan ni..dan bulan ni diwajibkan zakat fitrah selain zakat2 wajib yg lain.kita ambik tau ttg zakat fitrah ni..

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


so..jom pakat byr...cam motto jom kelik ngundi a..pergi je mane2 kaunter yg brsesuaian untuk byr...jgn salah kaunter dahlah sbb sekarangkan byk kaunter di mana2...SELAMAT BERZAKAT!!

No comments: