Sunday, September 28, 2008

FORWARD EMAIL

PEKEBENDA TAJUK FORWARD EMAIL NI?
nikan musim bulan puasa,lepas ni nak raya..tapi kluar tajuk citer pasal forward email..ni pasal sekarang ni adanya email yang dihantar oleh orang perseorangan atau individu (orang perseorangan atau individu tu sama la...apela) dan juga kumpulan tertentu yang ada tujuan yang jelas dan bersembunyi di sebalik tabir..pandai je main belakang tabir..pastu nak suruh sebar2kan..kalau yang baik tak apa tapi yang jelas tak baik..hanya yang hendak memahami dan berfikir yang lebih mudah nampak..Allah swt bagi otak yang ada akal untuk berfikir so boleh fikir2 disamping sentiasa komited cari kebenaran dalam hidup kita..dan satu bonus besar kita dilahirkan dan hidup sebagai orang islam..Alhamdulillah..dan seterusnya carilah ilmu melalui al-quran,hadis nabi dan ajaran ulamak akhirat.kita nak main ikut orang ke,taat pada orang ke,nak selamat dalam hidup ke,kena cari ilmu..cuba kita check diri kita,setakat mana belajar memahami ayat al-quran..berapa banyak hadis kita belajar..sunnah rasulullah banyak mana kita ikut,..sayapun bukannya tau banyak..lebih kurang je kita..banyak kurangnya tapi kita kena bergerak ke arah itu..apapun..
BERSATU LAH DALAM ISLAM..BRSATULAH SEBAGAI ORANG ISLAM..BERJEMAAH LAH DALAM ISLAM..BERSAMA2LAH DALAM ISLAM DAN BERJUANGLAH DALAM ISLAM..SEMUA ORANG ISLAM BERSAUDARA..JANGAN BERSATU DALAM BANGSA SEMATA2 KERANA DALAM BANGSA MACAM2 ADA..NABI MUHAMMAD SAW PUN DALAM BANGSA ARAB,ABU JAHAL BANGSA ARAB,ABU LAHAB BANGSA ARAB,TAPI BERMUSUHAN SEBAGAI ORANG ISLAM DAN KAFIR..

jangan jadi macam lalang...ikut angin datang..sentiasa digerakkan dan sentiasa ditiup angin..nak berpegang pada tempatnya dan berpendirian tak boleh..takkan kita nak jadi macam tu..hati tak tetap dan tak kuat...

SO..nak jadi macam apa? jadilah macam lembu..dicucuk hidung pastu ditarik dan ditambat ikut suka..tak boleh juga macam tu..so jangan jadi macam lembu..elok2 jadi orang nak jadi lembu..lembu pun kalau ditanya dia tak nak jadi orang sebab dia tau orang ni akan hidup selama2nya di alam akhirat ikut pembalasan amalan semasa di dunia..

dah nak jadi apa?jadi orang a sebab dah dijadikan orang.. jangan jadi orang je tapi jadilah orang yang berfikir di dunia untuk dunia dan akhirat...jadilah hamba tuhan..jadilah hamba kepada Allah yang maha besar..hamba kepada Allah yang maha suci..hamba kepada tuhan yang satu dan esa dan tuhan yang satu-satunya yang layak disembah..Allah SWT.

No comments: