Thursday, December 4, 2008

PILIHLAH RAYA..BOLEH PILIH KE?

Sembang pasal raya ni macam-macam raya ada..akan datang nanti hari raya aidiladha ataupun hari raya haji..memang banyak yang berkait dan ada kaitan dengan raya ni sampaikan boleh dibilang walaupun banyak...antaranya...

  1. hari raya – aidilfitri...aidiladha...hari raya orang islam..
  2. hantu raya – hantu yang mengusik di hari raya bahkan hari biasa..
  3. jalan raya – tempat laluan di hari raya dan juga di hari tak raya..
  4. bunga raya – bunga yang dipetik untuk dijadikan hiasan di hari raya dan juga hari lain. Bunga raya juga dijadikan bunga kebanggaan orang malaysia dan dijadikan bunga kebangsaan malaysia..
  5. duit raya – duit yang digunakan untuk urusan berjual beli di hari raya sahaja..bagaimanapun banyak jatuh ke tangan budak2 dan bukannya ke peniaga..
  6. balai raya – tempat untuk diadakan jamuan mahupun perjumpaan di hari raya..meriah sekali...
  7. seri kaya – seri kaya bukan kaitpun dengan raya..apa a..tapi termasuk dalam kuih raya...makan roti dengan seri kaya di hari raya..ingat tak boleh ke??
  8. pilihan raya – hari untuk memilih hari apa nak raya...bukan a..gurau je..hari untuk memilih dah betul dah tapi untuk memilih calon wakil rakyat dan bukannya nak pilih hari raya..

So boleh pilih ke raya?..boleh pilih a..iaitu pilihan raya..hari di mana warganegara malaysia yang layak dan berdaftar boleh memilih calon pilihanraya mengikut kawasannya..apahal timbulnya isu pilihan raya di musim nak raya haji ni...sebab akan berlakunya pilihanraya kecil parlimen di k.terengganu tak lama dari sekarang berikutan kekosongan akibat meninggalnya wakil rakyat baru-baru ini. Innalillah hiwainnailaihi rojiun..

Sebagai pengundi yang layak sepatutnya melakukan perkara dan mengundi dengan betul supaya tidak menyesal di kemudian hari..setiap perkara dari sekecil2nya walaupun seberat zarah tetap dikira amalan baiknya ataupun amalan buruknya iaitu hal dosa dan pahala..Dalam surah al-zalzalah ayat 2 terakhir ada menyebut hal ini..ini lagilah bab mengundi iaitu bab memilih pemimpin yang betul..di mana bab pemimpin ini merupakan bab besar dalam agama islam..dalam islam dari hal sekecil2nya hinggalah sebesar2nya walaupun dalam tandas..nak makan..nak tidur..nak berpakaian..dan apa2pun semua diajar dan ada, lengkap serta menyeluruh...ini lagilah bab memilih pemimpin...Rasulullah pun walaupun sebagai nabi dan rasul tetap menjadi pemimpin dan pemerintah negara islam dan dunia islam..sahabat baginda pun ada yang menjadi pemimpin dan pemerintah umat islam iaitu sebagai khalifah...kalaulah tak penting maka tak perlu rasulullah dan sahabat memikul tanggungjawab sebagai pemimpin dan pemerintah..betapa pentingnya kepimpinan dalam islam sehingga menjadi kewajipan bagi orang islam untuk mengangkat pemimpin dari orang islam sendiri yang benar2 boleh memikul tanggungjawab mengikut syariat agama islam menurut Allah dan rasulnya.

Wallahualam..

No comments: