Ni pasal tahun baru lagi..Kalau masuk tahun baru orang duk sibuk dan buat-buat sibuk dengan azam..asal tahun baru mesti azam..asal azam mesti tahun baru..apakah azam hanya perlu tahun baru je?
Tak salah azam tapi seolah2nya azam dikira dalam tempoh tahun saja, itu pasal jadi azam tahun baru..kenapa tak ada azam hari2? azam bulan2 ke? Kenapa tak ada azam esok lebih baik dari hari ni contohnya..hari ini lebih baik dari semalam..kan Rasulullah saw ajar macam tu..ada hadis mengatakan beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam...sia2 je orang yang sama dengan hari semalam dan amat rugi dan malang orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..kan boleh buat azam hari2 tu..
Apakah kita boleh jamin hidup sampai 1tahun lagi..tak tahu kan? so selagi masih hidup..hidup mesti diteruskan..pandang ke depan dan hati2lah selalu..nak azam 1tahun ke..2tahun ke..atau bila2 pun pastikan ke arah lebih baik..
Apapun..wallahualam..
Hari ni 13 muharam 1430 hijrah dan 10 januari 2009 masihi..dah masuk hari ke-10 dalam tahun masihi dan hari ke-13 tahun islam..
Walaupun dah terlewat sikit berbicara pasal tahun baru tapi dikira masih awal lagi..lagipun sekarang ni masih ada orang mengucapkan selamat tahun baru sana..selamat tahun baru sini..nanti dah habis bulan 1 ni baru reda semua ni..
Tapi yang duk ucap selamat baru ni adalah merujuk pada tahun 2009 rupanya..padahal tahun ni yang masuk dulu tahun hijrah..awal 3hari pulak tu..takdelah orang nak ambik tahu sangat..tapi masuk tahun 2009 semangat bukan main..sampaikan tertunggu2 bila sampainya detik dan saatnya tahun baru..siap dengan sambutan..sampai tak tido malam pada malam tahun baru..kalau tak tido malam kat rumah takpelah ini tak tido malam duk lepak merata2..tambah pulak yang bersosial..haru biru semuanya..
Kita yang beragama islam ni sambutlah tahun sendiri..tahun hijrah..dan ramai yang menyambutnya..sambutlah dengan doa dan kesyukuran sebab masih ada lagi umur kita..masuknya tahun baru ni maknanya bertambahlah umur kita..makin tua..dan sambutlah dengan perkara2 yang baik..lagi berfaedah..
Apapun selamat tahun baru 1430 hijrah..dah 1ribu 4ratus 3puluh tahun hijrah nabi muhammad saw dari mekah ke madinah..permulaan islam berkembang..Wassalam..
Banyak orang suka dengar lawak..banyak orang suka melawak..tapi tak banyak orang suka jadi pelawak..lawak biarlah kena pada masa dan tempatnya..tak semua benda sesuai dibuat lawak..lawak ni di mana2pun kita boleh dengar dan lihat dan kalau tengok di tv memang banyak rancangan lawak ataupun cerita lawak..
Contohnya baru2 ni ada dalam satu rancangan lawak di tv yang mana pelawak tu membuat lawak dengan membandingkan dan menyebut jahat macam firaun..ada disebut dalam al-quran tentang firaun ni..jahatnya firaun ini sehingga berani mengatakan dirinya tuhan dan menyuruh kaumnya menyembahnya..yang layak disembah hanyalah tuhan dan tiada tuhan melainkan Allah swt..jahatnya firaun ini sehingga iblis pun mengakui kejahatan firaun ini sehinggakan iblis mengatakan pada firaun bahawa sejahat2 iblis tak mengaku jadi tuhan tapi firaun berani mengaku menjadi tuhan..padahal firaun tu manusia saja..
Mengapa jahat firaun dibandingkan dengan jahat lain2 yang tak sepadannya? apakah jahatnya firaun itu dianggap kecil dan hal biasa saja? tidak menyembah Allah swt adalah sangat besar kesalahan dan dosa manusia apatah lagi mengaku tuhan..
Apapun melawak atau bergurau boleh saja tapi jangan melampaui batas dan berhati2lah..anda mampu mengubahnya..sekian dulu dimaklumkan...Wallahualam..
Banyak sekali isu dan hal yang boleh diketengahkan tapi memilih isu ini untuk diri sendiri dan orang yang membaca..walaupun tak ramai baca sekurang2nya diri sendiri adalah pembaca setia..cam kesian pulak bunyinya..saja je sebagai perenggan pertama ataupun pendahuluan..set induksi katakan..
Tadi telah selesainya pernamaan calon bagi PRKP36..jadi bermulalah pertembungan yang dah sedia ada antara pihak2 yang bertanding..pertembungan..pertempuran..peperangan..kira kurang lebih sama saja..kalau kita perhatikan di dunia telah sedia ada pertembungan dari isu kecil hinggalah isu sebesar2nya sampailah tahap dunia..seperti yang berlaku di palestin..di mana telah diserang secara besar-besaran dan bersungguh oleh israel@yahudi@zionis..pertembungan islam dan kafir..ini menambahkan lagi betapa benarnya firman Allah s.w.t dan hadis nabi berkaitan yahudi..dan orang islam harus membantu paling kurangpun ada simpati pada orang islam palestin dalam hati.. dan membenci yahudi..kalau tidak ada dalam hati maknanya apa kedudukan kita dalam islam?..berdoalah pada Allah swt agar saudara kita yang menghadapi peperangan ini tetap berjaya dalam perjuangan sama ada hidup untuk meneruskan perjuangan atau mati dalam kejayaan iaitu mati syahid..
Itu di sana..macam mana di sini..sini pun akan berlakunya pertempuran..kebenaran dan kebatilan. alangkah baiknya jika kita terlibat dalam pertempuran itu dan berada di pihak yang benar dan malang jika berada di pihak yang salah..memang sulit untuk mengangkat kebenaran tapi lagi sulit jika kebatilan yang diangkat..walaupun sulit itulah peluang kita untuk membuktikan di mana kita..teringat pepatah orang dulu buat..di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..bumi dan langit ni siapa yang punya? dalam al-quran ada disebut dan diulang tapi didahulukan dengan langit dan bumi..kepunyaan allah swt segala yang berada di langit dan di bumi..
Perjuangan memerlukan pengorbanan maka berkorbanlah setakat boleh dan mampu..semoga kita bersama orang-orang yang benar..semoga kita selamat dunia dan akhirat.. kembalilah kepada Allah swt dan rasulnya iaitu nabi Muhammad saw melalui al-quran dan sunnah, melalui ulamak dan orang2 yang menyampaikan islam yang benar.
Apapun diri sendiri banyak kekurangannya..wassalam..
Macam lagu dina pulak..cinta datang lagi..tapi ubah jadi sekolah datang lagi..pastu ubah lagi jadilah sekolah bukak lagi... Baru je melepas tahun 2008..dah masuk tahun baru iaitu tahun 2009.. kejap je dah habis 1 tahun... sedar-sedar telah habis 1tahun...baru je tutup sekolah...dah bukak balik sekolah...sekolah tak habis-habis dengan bukak pastu tutup..elok-elok bukak ditutup...elok2 tutup dibukak balik...sampai bila? sampai bila-bila selagi adanya sekolah a...
Sekolah ni duk tutup bukak je...lepas bukak tutup...dah tutup bukak..kita pun sama...lepas bukak..kita tutup...lepas kita tutup kita bukak balik...sama je kita dengan sekolah pun...yang bukak sekolah tu adalah orang..yang kita punyapun orang juga dan kita juga...
Bukan nak cerita sekolah ni tutup bukak tapi nak cerita pasal persiapan pergi ke sekolah... terbaca di surat khabar harga barang persiapan ke sekolah naik...asal banyak permintaan harga barang pun naik...asal banyak orang mahu harga pun naik...asal ramai orang pakat serbu harga pun naik...
Harga barang ni jangan kata nak turun..nak kekal pun payah...maknanya kalau tak boleh turunpun..boleh kekal pun dah ok...jadi sangatlah malang kalau harga dinaikkan..
Terkeluarlah pendapat bernas yang tolong menasihatkan suruh beli barang keperluan sekolah untuk anak-anak ikut kemampuan dek barang mahal tambahan pulak ekonomi jatuh..kalau orang jatuh boleh bangun balik..kalau ekonomi jatuh camne mau buat? bangunkan balik a kalau pandai..kalau tak pandai kasi orang lain tolong atau lagi baik bagi terus orang lain settlekan..dikatakan pulak pembekal enggan turunkan harga so ibu dan bapak kena jimat cermat...pandailah jimat cermat..orang kalau dah susah memang terpaksa dapatkan jugak macamanapun tapi sekadarnya..takdenye nak berlebih-lebihan...
Samalah macam tambang bas yang akan dinaikkan..dulu sebab kes harga minyak naik tambang ikut naik tapi sekarang harga minyak turunpun tambang taknak turun bahkan nak naik lagi... memang benda kalau biasa naik akan terus mahu naik..naik dan naik...tapi bukan semua la...
Apapun kita redha jelah...semoga kita dapat ambik pengajaran dan kebaikan dalam apa yang ada di dunia hari ini..ada paham? tak paham? pikir sendirilah.. wallahualam..