Saturday, January 10, 2009

LAWAK APA GITU..

Banyak orang suka dengar lawak..banyak orang suka melawak..tapi tak banyak orang suka jadi pelawak..lawak biarlah kena pada masa dan tempatnya..tak semua benda sesuai dibuat lawak..lawak ni di mana2pun kita boleh dengar dan lihat dan kalau tengok di tv memang banyak rancangan lawak ataupun cerita lawak..

Contohnya baru2 ni ada dalam satu rancangan lawak di tv yang mana pelawak tu membuat lawak dengan membandingkan dan menyebut jahat macam firaun..ada disebut dalam al-quran tentang firaun ni..jahatnya firaun ini sehingga berani mengatakan dirinya tuhan dan menyuruh kaumnya menyembahnya..yang layak disembah hanyalah tuhan dan tiada tuhan melainkan Allah swt..jahatnya firaun ini sehingga iblis pun mengakui kejahatan firaun ini sehinggakan iblis mengatakan pada firaun bahawa sejahat2 iblis tak mengaku jadi tuhan tapi firaun berani mengaku menjadi tuhan..padahal firaun tu manusia saja..

Mengapa jahat firaun dibandingkan dengan jahat lain2 yang tak sepadannya? apakah jahatnya firaun itu dianggap kecil dan hal biasa saja? tidak menyembah Allah swt adalah sangat besar kesalahan dan dosa manusia apatah lagi mengaku tuhan..

Apapun melawak atau bergurau boleh saja tapi jangan melampaui batas dan berhati2lah..anda mampu mengubahnya..sekian dulu dimaklumkan...Wallahualam..

No comments: