Sunday, January 4, 2009

sekolah bukak lagi...

Macam lagu dina pulak..cinta datang lagi..tapi ubah jadi sekolah datang lagi..pastu ubah lagi jadilah sekolah bukak lagi...

Baru je melepas tahun 2008..dah masuk tahun baru iaitu tahun 2009.. kejap je dah habis 1 tahun...
sedar-sedar telah habis 1tahun...baru je tutup sekolah...dah bukak balik sekolah...sekolah tak habis-habis dengan bukak pastu tutup..elok-elok bukak ditutup...elok2 tutup dibukak balik...sampai bila? sampai bila-bila selagi adanya sekolah a...

Sekolah ni duk tutup bukak je...lepas bukak tutup...dah tutup bukak..kita pun sama...lepas bukak..kita tutup...lepas kita tutup kita bukak balik...sama je kita dengan sekolah pun...yang bukak sekolah tu adalah orang..yang kita punyapun orang juga dan kita juga...

Bukan nak cerita sekolah ni tutup bukak tapi nak cerita pasal persiapan pergi ke sekolah...
terbaca di surat khabar harga barang persiapan ke sekolah naik...asal banyak permintaan harga barang pun naik...asal banyak orang mahu harga pun naik...asal ramai orang pakat serbu harga pun naik...

Harga barang ni jangan kata nak turun..nak kekal pun payah...maknanya kalau tak boleh turunpun..boleh kekal pun dah ok...jadi sangatlah malang kalau harga dinaikkan..

Terkeluarlah pendapat bernas yang tolong menasihatkan suruh beli barang keperluan sekolah untuk anak-anak ikut kemampuan dek barang mahal tambahan pulak ekonomi jatuh..kalau orang jatuh boleh bangun balik..kalau ekonomi jatuh camne mau buat? bangunkan balik a kalau pandai..kalau tak pandai kasi orang lain tolong atau lagi baik bagi terus orang lain settlekan..dikatakan pulak pembekal enggan turunkan harga so ibu dan bapak kena jimat cermat...pandailah jimat cermat..orang kalau dah susah memang terpaksa dapatkan jugak macamanapun tapi sekadarnya..takdenye nak berlebih-lebihan...

Samalah macam tambang bas yang akan dinaikkan..dulu sebab kes harga minyak naik tambang ikut naik tapi sekarang harga minyak turunpun tambang taknak turun bahkan nak naik lagi...
memang benda kalau biasa naik akan terus mahu naik..naik dan naik...tapi bukan semua la...


Apapun kita redha jelah...semoga kita dapat ambik pengajaran dan kebaikan dalam apa yang ada di dunia hari ini..ada paham? tak paham? pikir sendirilah..
wallahualam..

2 comments:

roshaizul said...

kerajaan menyeru kepada semua peniaga untuk menurunkan harga barang kerana harga minyak telah turun. tapi itu semata-mata teori sahaja. kerajaan bodoh agaknya. secara praktikalnya, penurunan harga barang perlu dibuat secara kolektif, dan ini hampir mustahil.

contoh, gula. asal gula dari tebu, dan tebu perlu dibaja untuk membantu pembesaran. apakah duti import baja diturunkan sempena penurunan harga minyak? tidak. tebu perlu juga racun serangga. apakah harga racun serangga turun apabila harga minyak turun? tidak.

jadi semua berkait. gula-tebu-baja+racun serangga. ini belum dikira lagi kos penyelenggaran kilang dan upah pekerja.

jadi, dimana silapnya? kerajaan la
jadi, dimana salahnya? kerajaan la

kesilapan besar kerajaan adalah kerna menaikkan harga minyak sehingga rm2.70.

apakah kerajaan tiada bijak pandai peramal ekonomi? ada, pasti ada.

dah tu kenapa harga minyak naik mendadak? entahla. samaada peramal ekonomi yang bodoh, atau kerajaan yang tidak mendengar kata, atau pemimpin kerajaan hendak memenuhkan perut sendiri?

erm..entah la...

akula said...

Bila pergi beli baju dan kasut sekolah anak2 utk 5 orang habis rm1000.00