Tuesday, January 6, 2009

Pertempuran bermula..

Banyak sekali isu dan hal yang boleh diketengahkan tapi memilih isu ini untuk diri sendiri dan orang yang membaca..walaupun tak ramai baca sekurang2nya diri sendiri adalah pembaca setia..cam kesian pulak bunyinya..saja je sebagai perenggan pertama ataupun pendahuluan..set induksi katakan..

Tadi telah selesainya pernamaan calon bagi PRKP36..jadi bermulalah pertembungan yang dah sedia ada antara pihak2 yang bertanding..pertembungan..pertempuran..peperangan..kira kurang lebih sama saja..kalau kita perhatikan di dunia telah sedia ada pertembungan dari isu kecil hinggalah isu sebesar2nya sampailah tahap dunia..seperti yang berlaku di palestin..di mana telah diserang secara besar-besaran dan bersungguh oleh israel@yahudi@zionis..pertembungan islam dan kafir..ini menambahkan lagi betapa benarnya firman Allah s.w.t dan hadis nabi berkaitan yahudi..dan orang islam harus membantu paling kurangpun ada simpati pada orang islam palestin dalam hati.. dan membenci yahudi..kalau tidak ada dalam hati maknanya apa kedudukan kita dalam islam?..berdoalah pada Allah swt agar saudara kita yang menghadapi peperangan ini tetap berjaya dalam perjuangan sama ada hidup untuk meneruskan perjuangan atau mati dalam kejayaan iaitu mati syahid..

Itu di sana..macam mana di sini..sini pun akan berlakunya pertempuran.
.kebenaran dan kebatilan.
alangkah baiknya jika kita terlibat dalam pertempuran itu dan berada di pihak yang benar dan malang jika berada di pihak yang salah..memang sulit untuk mengangkat kebenaran tapi lagi sulit jika kebatilan yang diangkat..walaupun sulit itulah peluang kita untuk membuktikan di mana kita..teringat pepatah orang dulu buat..di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..bumi dan langit ni siapa yang punya? dalam al-quran ada disebut dan diulang tapi didahulukan dengan langit dan bumi..kepunyaan allah swt segala yang berada di langit dan di bumi..

Perjuangan memerlukan pengorbanan maka berkorbanlah setakat boleh dan mampu..semoga kita bersama orang-orang yang benar..semoga kita selamat dunia dan akhirat..
kembalilah kepada Allah swt dan rasulnya iaitu nabi Muhammad saw melalui al-quran dan sunnah, melalui ulamak dan orang2 yang menyampaikan islam yang benar.

Apapun diri sendiri banyak kekurangannya..wassalam..


No comments: