Sunday, November 30, 2008

Lelaki vs Perempuan

Soalannya....

  • Kalau kita tengok di Universiti, lelaki@ perempuan lebih ramai? Baik yang pelajarnya@yang bekerja?
  • Kalau kita tengok di sekolah, lelaki@perempuan yang lebih ramai? Baik yang belajarnya atau gurunya?
  • Kalau kita tengok yang di pusat serenti, lelaki@perempuan yang lebih ramai?
  • Kalau kita tengok di penjara, lelaki@perempuan yang lebih ramai?
  • kalau kita tengok di shopping complex, lelaki@perempuan yang lebih ramai?
  • Kalau kita tengok di tempat hiburan..mana lebih ramai lelaki@perempuan?

Jawapannya...

  • Jawaplah sendiri...saya dah tanya jadi anda lah tolong jawabkan...TQ.
  1. Apa maksudnya kepada jawapan anda?? maksudnya benarlah hadis nabi Muhammad saw yang mengatakan bahawa salah satu petanda kecil kiamat iaitu perempuan lebih ramai dari lelaki...lagipun memang kita ni umat akhir zaman..dah dekat nak kiamatpun...hal jawapan kepada soalan ini pun belum dikira lagi yang lelaki yang dinyahkan(maknyah)..tukar jantina terus..Tapi ada juga soalannya di mana jawapannya adalah lelaki..
  2. Perempuan diberikan bahagian 1 akal dan 9 nafsu...lelaki diberikan bahagian 9 akal dan 1 nafsu...Apakah maksudnya lelaki lebih cerdik dari perempuan?? kalau lelaki lebih cerdik dari perempuan maknanya perempuan lebih bodoh dari lelaki..begitu??kalau begitu takdelah lelaki lebih ramai menagih dadah dari perempuan..takdelah lelaki lebih ramai dari menghuni penjara dari perempuan..
  3. Lelaki diberikan tanggungjawab sebagai ketua..pemimpin..so disebabkan tanggungjawabnya besar maka tanggungannya besar. Perempuan dipimpin..dididik dan dilindungi oleh lelaki...barulah lengkap dan saling memerlukan..saling melengkapi antara 2 jenis jantina ini...kalau perempuan jadi ketua...lelakipun ketua...sukarlah untuk bersatu dan tidak jadi saling memerlukan..
  4. Sebenarnya takde jantina boleh menang disebabkan bahagian nafsu dan akal..tapi kedua-dua jantina boleh kalah disebabkan nafsu mengatasi akal ataupun mengikut nafsu semata2..ditambah pula dengan akal yang tidak berilmu dengan ilmu Allah swt dan tiadanya iman...sebab itulah adanya kes lelaki dapat memperdaya perempuan...dan ada juga perempuan dapat memperdaya lelaki...kan sama pandai 2...
  5. Ingatlah..Sama ada lelaki@ perempuan..tetap ada bahagiannya dari segi amalannya..pahala@dosa...tanggungjawabnya...tetap diberi ujiannya..dihisab...dan dimasukkan ke dalam syurga atau neraka...

Wallahualam...segala kesilapan dan kesalahan harap ditegur...sayapun manusia yang tak lekang dari melakukan kesilapan dan kesalahan..

No comments: