Friday, January 30, 2009

KITA TUKAR AYAT..

ni bukan bab ayat-ayat cinta..apala tu citer punye tajuk..aku bab tajuk citer aku ingatla..walaupun tak tengok..

ni hanya sebagai suka2 je..walaupun taknak suka..takpe..peduli apa aku..

seringkali kita mendengar dan terbaca ayat2 ganas..tak pun kasar dari segi bahasa dan tafsirannya..takpun jenis yang tak berapa sesuai tempat duduknya..ayat tu aku olah biar sedap sikit dan sopan je bunyinya..walaupun mungkin dah ada orang buat tapi aku acu cuba try test yang terbaik..

  1. cis natang - cis keju..(cis tu cheese) *ayat ni popular di terengganu je sebagai penyedap kata untuk menunjukkan keberangan dan kemarahan..so orang terengganu paham la..
  2. pergi mampuslah kau - pergi kampuslah kau *ayat ni sesuai sangat untuk mereka yang belajar tinggi cam kolej,politeknik,maktab,institut,universiti dan yang berkaitan dengan kampus termasuklah mereka yang kerja..
  3. pergi jahanamlah kau - pergi jamuanlah kau *ayat ni adalah dialog filem di mana yang menyebutnya ialah apek..ayat penuhnya ialah pergi jamuanlah kau dengan bapak kau..
  4. celaka kau - melaka kau *kalau orang tu orang melaka so kenala..tapi kalau bukan orang melaka..takpe..no halnya..tak pun tukar jadi celana kau..nanti dia tanya apa itu celana..itu kalau yang tak tau..jawablah..bila mama pakai celana..papa menari rock n roll..itu lagu la..
  5. kurang ajar kau - kurang ajak kau *pastu sambung gi dengan menyebut meh aku ajak kau..diapun tanye..gi mana..jawablah..mana aku tau..
  6. kau ni memang sial - kau ni memang siap *siap sedia la tu..
  7. mangkuk hayun kau ni - tolong bawak sini mangkuk hayun tu..aku nak guna..*dalam ati..kau tu mangkuk hayun..dan hayunkan mangkuk ke kepala kau tu..
  8. go to hell - go to go atau go to shell..*bab ni nanti aku buat post lain la..
  9. gila ke apa kau ni - aku gila kat kau ni *tak pasal2 jadi orang gila..
  10. bodohlah kau - bodohlah 'cow' (maksudnya bodohlah lembu) *suka2 ati kata orang tu lembu..teruslah cakap..bodohlah lembu..kaupun lagi cerdik dari lembu..suka2 ati je kata lembu tu bodoh..bodoh2 lembupun tak masuk neraka..
  11. bangsatlah kau - pergi bangsarlah kau *1 tempat di kl kalau tak silap..
  12. pergi matilah - pergi matilah enjin kete tu..bukan nak gerak pun kete tu..
  13. biadap betul - beradap betul *padahal takde adap pun..sindir anak pukul menantulah ni..anak jangan pukul..menantu takpe.. sengaja aku tukar da..
  14. bengong sungguh kau ni - berguna sungguh kau ni..*ada orang sebut bengong..ada orang sebut bingung..pada aku..sama je..
  15. astaga - istighfarlah iaitu antaranya astaghfirullah hal adzim *(aku mohon ampun pada Allah yang maha agung)
  16. malas aku pikir dah- korang pikirsendirilah..banyak lagi kot dan ni antara aku sempat pikirkan..ada apa yang kurang atau tak kena tu layan dirilah..tambah sendiri..
thanks u dan terima kasih..

6 comments:

fazemy said...

Ok gak idea ni. Mcm tgh marah org tu..nk ckp "pergi jahanam la ko"..then tukar ke "pergi jamuanla ko"..so org yg kita nk marah tu mesti terpinga2. apekehenya mamat nih? Haha. Good idea.

pss:tak elok ckp kasar2 nih. percakapan mencerminkan diri.

akula said...

bagus idea demo

wanhamery said...

jamban la ko ditukarkan jadi jantan la awak...

wanhamery said...

kadang2 kena jgk kuar perkataan gtu..bagi yg berhak menerimanya.. sebab tu..ada perkataan laknat,terkutuk dll..tp pastikan perkataan itu untuk org yg selayak dgnnyer (bertujuan baik)...bukan main2 pakai saje..

roshaizul said...

kalau GILA BABI mungkin boleh tukar jadi WARAS AYAM

naz ilyn said...

salam...

kalau marah tapi cakap perkara yang sebaliknya terpelihara akhlak lagi indah peribadi... tak gitu

tapi boleh ker nak buat...?? cubalah dulu baru tau...