Thursday, January 22, 2009

PENGKRITIK..

Hari ni tajuk ringan-ringan dahla..
rilek-rilek sikit..
nak cakap pasal pengkritik..
Pengkritik...

bukan pengkhianat..atau pengkid...
jauh bunyinya antara pengkritik..pengkhianat..atau pengkid...atau perkataan lain yang seumpamanya..maaflah kalau ada unsur sensitif..pengkritik tu ape?..ntahle...jawab sendirilah...
apa yang aku tau..pengkritik ni orang yang mengkritik...pengkritik la tu...

adakalanya mengkritik ni mendatangkan kebaikan...dan adakalanya mengkritik ini mendatangkan keburukan..macamana tu...itu bergantung kepada benda yang dikritik..orang yang dikritik..orang yang mengkritik..tengok masa dan tempatnya pulak..

mengkritik ni boleh dikategorikan sebagai komen membina...komen meruntuhkan..pencadang..pemberi idea..merangsangkan kebolehan..memberi nasihat..memarahi..dan apa-apa jelah..

semua orang boleh mengkritik tapi kebanyakkan orang tak suka dikritik..yang tak berapa kena ialah orang yang mengkritik orang tapi taknak dikritik orang..umpamanya dialah saja yang betul..tapi kalau memang dia betul maka tak perlulah dikritik lagi bahkan patutnya disokong..
tapi kalau orang tu mengkritik benda yang salah dan tidak diterimanya..tak bolehlah...kita kalau salah dan orang tegur..patutnya kita terima dan berterima kasih...jenis pulak kita yang suka mengkritik orang..

apapun..pengkritik hendaklah bersedia dikritik..boleh dikritik..bukan sekadar mengkritik je..
buah cempedak di luar pagar..ambik galah tolong jolokkan..aku bukan budak lagi dah..nak kritik-kritiklah supaya aku bertambah power...power ape ntah..power ranjers

teringat dialog dalam cerita madu 3.."aku bukan marah..nasihat..!!"

Wallahualam..

6 comments:

wanhamery said...

aku nak kritik pantun ko... suara ko tak jelas..intonasi kena baiki..nahu kena ikut tajwid..yang penting kuarkan suara perut dari mulut..jangan ikut tutttuttu..

wanhamery said...

kadang2 org yg suka mengkritik tak suka dikritik...tapi org yg selalu dikritik tak suka mengkritik pula...

kuIna Jentayutiara said...

tak mau kritik...
nak bagi salam

salam kenal...

fazemy said...

Tapikan..ada org tak suka dikritik. Contohnya dkt blog2 nilah. ada yg taip pnjg2..then kita komen..dia marah plak dgn kritikan kita. dh dia tulis salah..tak kan nak puji je kan. sesekali kena tegur tu barulah sedar diri.

lillies said...

cermin diri kita bukanla diri kita sendiri....

so, bila org kritik kenala trima...tapi biarla kritikan yang membina...

nurdaniella said...

setuju ngan wanhamery.. terkadang orang suka mengkritik melenting bila dikritik.. dan terkadang orang yang biasa dikritik pula, akan gelisah bila tiada siapa yang mengkritik.. kritikan dan kutukan juga sesuatu yang berbeza..