Friday, January 23, 2009

BERSELAWATLAH KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-ahzaab ayat 56)..

Selalu kedengaran di khutbah jumaat bahkan dibacakan ayat di atas semasa khatib naik ke mimbarnya..dan menjadi rukun khutbah jumaat iaitu berselawat kepada nabi..Firman daripada Allah swt menyuruh hamba2nya yang beriman berselawat ke atas nabi..dan Allah memberitahu yang sesungguhnya Allah swt pun berselawat ke atas nabi…malaikat pun berselawat ke atas nabi..dah apalagi kita yang manusia yang banyak buat dosa dan maksiat ni patutnya dan tidak ada alasan untuk tidak berselawat ke atas nabi kita iaitu nabi Muhammad saw..apakah maknanya kita mengaku islam kalau kita tidak berselawat sedangkan ada dalam al-quran menyuruh kita berselawat..

itulah sebabnya selawat diletakkan dalam solat dan diletakkan dalam doa..dah kalau yang tidak solat dan tidak boleh solat disebabkan keuzuran yang dibenarkan..adakah selawat itu? Apakah maknanya kita mengaku kita ni umat nabi Muhammad dengan tidak berselawat ke atasnya..apakah kita tidak kasih dan sayang kepada nabi kita..nabi yang banyak berkorban untuk kita di sepanjang hayatnya..banyak kesusahan dan kesulitan di masa hidupnya..yang menempuh peperangan semata-mata untuk mempertahankan agama Allah swt iaitu islam dan membela umat islam dan memastikan agama islam berjaya..banyak melalui detik2 cemas dalam perjuangannya..belek2lah buku sejarah yang menceritakan kisah hidup baginda..

dan satu2nya nabi yang dapat memberi syafaat di hari akhirat kelak..di mana semua manusia termasuk semua yang dibangkitkan.. termasuk nabi dan rasul hanya bimbang memikirkan nasib dirinya tapi hanya nabi kita iaitu nabi Muhammad saw yang memikirkan nasib umatnya dan memberi syafaatnya..hanya orang2 yang benar2 “umatnya” saja yang diberi syafaat..semoga kita ini tergolong di dalamnya..

Nabi Muhammad saw juga bersabda bahawa sesiapa yang berselawat ke atasnya maka Allah swt akan membalasnya dengan sepuluh selawat.. bertapa Allah swt mahu memberi kebaikan yang banyak kepada orang yang berselawat ke atas nabi..dan bila mendengar nama nabi Muhammad saw disebut maka disunatkan kita berselawat ke atasnya..

Sangat banyak kelebihan selawat ini..dan antaranya..
Rasulullah SAW telah bersabda (maksudnya) bahawa : "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail telah berkata kepadaku:-
Berkata Jibril AS - "Wahai Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca selawat keatasmu setiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan aku bimbing tangannya dan membawanya melintasi titian seperti kilat menyambar". Berkata Mikail AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku memberi mereka minum dari telaga mu" Berkata Israfil AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu"
Berkata Izrail AS - "Bagi mereka yang berselawat keatasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para anbia.

Sama-samalah kita berselawat dan mengikut apa yang telah diajarkan baginda kepada kita..Wallahualam..

4 comments:

lillies said...

tazkirah untuk hari ini.....

erisya nor said...

terima kasih berkongsi ilmu

AyKay said...

salam ziarah.

sebenarnya kita boleh panjangkan perihal kasih dan cinta pada Nabi s.a.w ini kepada yg tidak menghidupkan Islam mengikut tuntutannya. Kesukaran Baginda s.a.w menyampaikan dakwahnya dizaman itu kita sambut dgn segala macam kemungkaran pada zaman ini. Adakah cinta kita pada Baginda hanya pada lidah dan tiada dalam hati? Semoga sama2 kita dapat MLM kan pengajaran Baginda.

fazemy said...

Dulu time study cubalah jugak unt selawat 100kali sebelum tido. Berjaya la jgk kdg2. Time dh keje skrg ni..nk selawat 3 kali sblom tido pun lupa. :(Nabi ingt kita smpai dia nk mati pun sebut "ummati..ummati"..tp kita...