Thursday, January 15, 2009

SIAPA PUNYA HUKUM…

Sesiapa yang berani buat hukum? Orang yang berkuasa saja berani dan boleh buat hukum.

Siapa yang berani menghukum? Orang yang diberikan kuasa dan tanggungjawab saja yang berani dan boleh menghukum.

Siapa yang berani dihukum? Orang yang telah dibuktikan bersalah..dan orang yang takut pada kesalahannya akan menyebabkan dia dalam keadaan tidak selamat..tapi kebanyakkan orang tidak berani dihukum walaupun berani buat salah..

Semua hukum dilaksanakan oleh manusia selaku khalifah di muka bumi..jadi kalau dah manusia yang melaksanakan hukum maka manusia boleh membuat hukumnya sendiri.
Justeru itu Allah swt selaku pencipta manusia dan alam ini bahkan pemilik kepada kita semua ni di mana kita berada dalam genggaman dan kekuasaannya, telah menurunkan hukumnya sendiri yang diperturunkan melalui rasulnya iaitu nabi Muhammad saw untuk digunapakai demi keadilan dan kebaikan kita keseluruhannya. Antaranya hukum Allah swt iaitu dikenali sebagai hukum hudud.

Hukum hudud bukanlah hukum malaikat atau nabi atau milik makhluk manapun tapi adalah hukum Allah swt. Kalau dah hukum Allah swt punya mengapa kita yang mengaku sebagai orang islam menentangnya, tidak bersetuju dan berpendapat sama pandangan dengan orang yang kafir dan munafik..apakah kita masih dalam islam jika menentang walaupun sekadar tidak bersetuju dengannya. Ada juga mereka secara sinis dan menyindir bila ada pihak ingin menjalankan hukum Allah swt..apakah masih islam kita jika menentang hukum pemilik islam itu sendiri..

Kemanakah kita akan pergi atau mahu lari kalau kita menentang Allah swt..kita ni milik Allah swt dan kepada Allah swt lah kita akan pergi..dah tak ada tempat lain lagi dah mahu lari..

Semoga kita antara orang yang mendapat taufik dah hidayah daripada Allah yang maha berkuasa dan maha besar..insyaallah..

1 comment:

fazemy said...

Setuju..hukum hudud hukum Allah..kita dijadikan olehNya..kenapa kita perlu menafikan hukumanNya. Byk baiknya klw buat hukum hudud ni. Yang bising2 tu skolah tak habis agaknya..yang melayu islam la.